25 Dis 2011

Practical time.

Assalamualaikum

Hello people !
Hari ni, aku nak story pasal first time aku practical. Yes ! I'm now in practical time. Pheww =_= Aku lapor diri time practical hari Isnin, 19 Disember 2011. Jam 8pagi. Malam tuh, seriously shit aku tak boleh tidur. Haha :D Nak kata nervous, memang lah nervous. Tapi tak ada lah nervous teruk-teruk sampai tak boleh tidur kan. Aku bajet aku tak boleh tidur sebab selama aku cuti duduk kat rumah ni semendang aje tidur lambat. Hekhek :P So, kepada sesiapa yang nak practical nanti tuh, aku nasihatkan jangan tidur lambat-lambat. Ingat tau ! (:

Bila cakap aje pasal practical segala nih kan. Mesti perkara yang paling menbingungkan tahap merunsingkan, dan yang paling kita fikir sekali ialah REPORT. Yes ! Report segala macam report lah yang nak kena dibuat. Aku practical saja ni pun dah kena buat 2 3 report tau tak. Report harian, report mingguan, report yang betul-betul punya report. Haha, banyak tak ? Penat lah aku nak perah otak fikir-fikir nak kelentong apa dalam report kan. Hehe :P Aku punya masalah pulak, aku tak tahu nak report macam mana. Idea nak tulis tuh ada. Tapi nak mula tuh macam mana tak tahu. Err, faham tak ? Maksud aku, nak tulis bentuk karangan ke point ke ? Panjang ke pendek ke ? Macam tu ke macam ni ke ? Hah, tu la masalah aku -_-'

So, aku tanya lah member-member aku yang tengah practical, yang dah habis practical pun ada macam mana nak buat report. Lebih-lebih lagi report harian, dengan report yang kena taip, jilid segala tuh. Tak cukup dengan tanya kekawan, aku try search kat internet. Tengok ! Punya payah nak buat report aku nihh. Biasalah, orang tak cerdik memang macam nih :D Apa-apa pun, thanks to all my friends sebab tolong aku yang memang blur tahap cipan nak buat report nih :)

Sekarang ni, semua berjalan lancar. Alhamdullilah. Semua pekerja tempat aku practical tuh lagi tua dari aku. So, kenalah panggil abang-abang, kakak-kakak. Pakcik-pakcik, makcik-makcik. Ehh, takde lah :D Alhamdullilah, dorang semua terima aku dengan baik dan yang paling penting, dorang lah yang tolong aku dalam semua hal. Ajar itu la, ajar ini lah. Macam-macam lah. Yang paling best, group aku nih 1Malaysia ! Melayu, Cina, India semua ada. Semangat kan ? Dah tuh, semua sekepala, open minded, sporting. Bos pun okay aje ! Hehe :) Apa-apa pun, aku harap semua berjalan lancar, sampai lah aku habis practical. Amin :')

Till then
Ok, bye :D


semendang = selalu
image source = Photobucket

0 Kritikan: