Memaparkan catatan dengan label life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label life. Papar semua catatan

26 Jan 2012

Kung Fu Shoes !

Assalamualaikum.




Hello people !

Did you know anything about Kung Fu Shoes ? Tahu ? That's great ! Tak tahu ? Google lah :P Nak tahu tak rupa kasut Kung Fu ni ? Hah ! Gambar kat atas inilah rupa kasut Kung Fu ni and guess what, aku pun ada jugak kasut nih weh ! Yayy ! Clap-clap. Thank you. Thank you ! *dah macam apa aje lagi -_-' Memandangkan aku dah ada kasut ni, sila jealous cepat ! HAHA *kidding.

Aku baru dapat kasut ni, hari ni. Aku beli melalui member aku yang nun jauh di KL sana tu. Aku beli dua pasang. Sepasang aku punya, sepasang lagi adik aku punya. Dia lah yang mengidam sesangat kasut Kung Fu tuh dari dulu. By the way, kasut tuh unisex. So, laki or perempuan boleh pakai k. Material kasut tu kain kot, cotton. Time try pakai pun selesa aje. Kasut tuh semalam dia post, hari ini dah dapat :D Mesti korang pelik dan tertanya-tanya, apadahal beli jauh-jauh kat KL sedangkan aku stay Penang ? Hekhek, kat Penang kasut Kung Fu ni tak ada kot. Aku pun tak tahu betul ke tak, tapi adik aku cakap kat Penang memang tak ada but KL ada.


Kasut Kung Fu kami ! (;



The white one .


The blue one .

Which one aku punya ? Cer teka, cer teka :D




Aku punya kasut, colour putih ! Nih lah kasut Kung Fu aku, lepas nih boleh lah bajet terror Kung Fu. Pasni boleh practice Kung Fu pakai sweater/jacket. Alaa, macam dalam cerita The Karate Kid tuh (: Tapi dah serupa kasut sekolah kan? Takpe, aku kan sekolah lagi. Tahun nih nak ambil PMR *LOL :D Dah kasut colour putih nih kena jaga lah, cepat kotor tu mestilah kan. Pasni kena letak kasut kapur. Eh, kapur kasut lah ! HAHA :D Dah nama pun budak sekolah lagi kan. Tapi colour biru tuh lawa kan ? Aku pulak yang jealous *sigh :D


Till then
Ok, bye :D

23 Jan 2012

Got a something new ? :D

Assalamualaikum.



Hello people !

Lama yea dak aku tak update blog? Actually, bukan tak update blog. PRIVATE blog terus. HAHA :D Okay-okay. Sekarang aku tak private dah kan :D Kenapa ek aku private kan blog aku? Sebab.. Jeng jeng jeng ! Aku renovate blog aku nihh. HAHA. Renovate bagai kan :P

Sempena tahun baru nih, *padahal dah Raya Cina kan* aku ambil keputusan nak tukar keseluruhan wajah blog kesayangan aku nih (; Dan seperti yang korang tengok, lain bukan blog aku dulu dengan kini ? Wehee ~


Header dulu.


Header sekarang.

First time buat header transparent. Alhamdullilah, jadi jugak akhirnya :)

Full view blog aku, dulu.



Full view sekarang.


Background pun dah tukar, dari colour purple ke colour coklat. Why coklat? Because I love chocolates so much ! HAHA :D Sebab http://little-chocolate.blogspot.com/ kott :D *BOLD.

Shoutbox aku pun dah tukar kepada Fibox woii ! Purple lagi ! Tukar lah korang cepat-cepat. Hehe :D Just yang tak tukar yang gambar chatbox tu aje sebab berapa kali try masuk pun tak boleh jugak. Tak jadi jugak, so ambil ajelah yang lama punya. Hekhek :P Hahh, yang Dakwah Syariah tu entah la macam mana dia boleh ikut sekali masuk dalam chat, sebab time tuh aku private blog lagi -_-'

Chatbox !


Ada juga tau benda yang tak jadi. Macam footer, berapa kali letak tak keluar-keluar jugak. Last-last, aku biar aje. Susun atur sidebar pun macam dulu gak. Colour untuk text aku tibai colour putih. Twitter aku pun bertukar colour. Header colour RAINBOW ! HAHA. Hello kitty comel disitu lagi yea. Gambar pun dah tukar. Pendek kata, ada yang tukar, ada yang stay macam dulu. Semua ni aku buat simple aje. Janji mata aku tengok sejuk aje. Hehe :D Any comment ? Okay tak?

Dengan ini, dengan rasminya blog aku bertukar wajah dan dibuka balik. Ceh cehh :P

By the way,

Happy Chinese New Year
& Gong Xi Fa Cai !



Till then
Ok, bye :D

1 Jan 2012

1st Entry on 2012


Assalamualaikum

Hello people ! I would like to wish all of you..


HAPPY NEW YEAR !



Bye-bye 2011 ! Welcome 2012 :D



Till then
Ok, bye :D

25 Dis 2011

Practical time.

Assalamualaikum

Hello people !
Hari ni, aku nak story pasal first time aku practical. Yes ! I'm now in practical time. Pheww =_= Aku lapor diri time practical hari Isnin, 19 Disember 2011. Jam 8pagi. Malam tuh, seriously shit aku tak boleh tidur. Haha :D Nak kata nervous, memang lah nervous. Tapi tak ada lah nervous teruk-teruk sampai tak boleh tidur kan. Aku bajet aku tak boleh tidur sebab selama aku cuti duduk kat rumah ni semendang aje tidur lambat. Hekhek :P So, kepada sesiapa yang nak practical nanti tuh, aku nasihatkan jangan tidur lambat-lambat. Ingat tau ! (:

Bila cakap aje pasal practical segala nih kan. Mesti perkara yang paling menbingungkan tahap merunsingkan, dan yang paling kita fikir sekali ialah REPORT. Yes ! Report segala macam report lah yang nak kena dibuat. Aku practical saja ni pun dah kena buat 2 3 report tau tak. Report harian, report mingguan, report yang betul-betul punya report. Haha, banyak tak ? Penat lah aku nak perah otak fikir-fikir nak kelentong apa dalam report kan. Hehe :P Aku punya masalah pulak, aku tak tahu nak report macam mana. Idea nak tulis tuh ada. Tapi nak mula tuh macam mana tak tahu. Err, faham tak ? Maksud aku, nak tulis bentuk karangan ke point ke ? Panjang ke pendek ke ? Macam tu ke macam ni ke ? Hah, tu la masalah aku -_-'

So, aku tanya lah member-member aku yang tengah practical, yang dah habis practical pun ada macam mana nak buat report. Lebih-lebih lagi report harian, dengan report yang kena taip, jilid segala tuh. Tak cukup dengan tanya kekawan, aku try search kat internet. Tengok ! Punya payah nak buat report aku nihh. Biasalah, orang tak cerdik memang macam nih :D Apa-apa pun, thanks to all my friends sebab tolong aku yang memang blur tahap cipan nak buat report nih :)

Sekarang ni, semua berjalan lancar. Alhamdullilah. Semua pekerja tempat aku practical tuh lagi tua dari aku. So, kenalah panggil abang-abang, kakak-kakak. Pakcik-pakcik, makcik-makcik. Ehh, takde lah :D Alhamdullilah, dorang semua terima aku dengan baik dan yang paling penting, dorang lah yang tolong aku dalam semua hal. Ajar itu la, ajar ini lah. Macam-macam lah. Yang paling best, group aku nih 1Malaysia ! Melayu, Cina, India semua ada. Semangat kan ? Dah tuh, semua sekepala, open minded, sporting. Bos pun okay aje ! Hehe :) Apa-apa pun, aku harap semua berjalan lancar, sampai lah aku habis practical. Amin :')

Till then
Ok, bye :D


semendang = selalu
image source = Photobucket

10 Dis 2011

7 Hari Mencintaiku

Assalamualaikum.


Kali ni aku nak cakap pasal novel pulak. Novel 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah. Dulu pun aku ada post pasal novel karya Siti Rosmizah jugak. Novel Cinta Kau dan Aku. Kali ni, dari penulis yang sama tapi novel yang berlainan. HEHE :D Novel ni pun dah lama keluar kan ? Kalau tak silap dah lama. Tapi aku baru aje baca. Biasa la, ketinggalan sikit -_-' Tu pun housemate yang bawak. Dia kaki novel! :D Kalau korang baca novel ni kan, mesti korang bengang gila dengan heroin dia. Sebab heroin dia kan.......... Hhaha, kalau nak tahu kena beli ! Aku rasa nak aje beli novel ni sebagai koleksi aku. Sebab cerita dia best ! Tak membosankan langsung. Seriously ! Pages novel nih 1000++. HAHA, terkejut tak ? Novel pertama yang aku baca muka surat dia seribu lebih ! Mesti korang macam terfikir, apalah yang Siti Rosmizah nih merepek dalam novel dia sampai seribu lebih muka surat kan . Hehe, beli dulu pastu baca baru tahu. Tak rugi pun, sebab cerita dia SUPERB ! :D Harga dia pulak dalam RM30++ jugak laa. Tak ingat sebab novel pun novel pinjam kan :P Okay, tanak cakap banyak. Mari kita lihat sinopsis novel ni (:




Sinopsis Novel 7 Hari Mencintaiku.

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So...apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"

Khuzairi dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang dilemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya. Demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang digenggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Till then.
Ok, bye :D





8 Dis 2011

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay


Klik link atas ni untuk join ok :)


Wahh, aku sangat excited untuk join Giveaway nih tau. First time join ! Aku tak berharap sangat sebenarnya untuk menang. Yelaa, mestilah ramai yang join Giveaway nih kan. Aku just join for suka-suka aje and for sure untuk support Giveaway Nisa Kay nih :) Biasanya dalam Giveaway macam ni mesti hadiah banyak kan ? Lebih-lebih lagi, Nisa Kay nih seorang retis dan sangat famous ! Woahh :D Mesti korang kenal kan ? Kalau nak tengok senarai hadiah boleh klik kat bawah ni yea !


Hahh, macam mana ? Hebat kan ? Banyak kan ? Teruja tak ? Join tau. Jangan tak join. Mana nak tau kot-kot rezeki korang murah kan :D Takyah cakap banyak lah, join terus ! HEHE :D Mari kita lihat sponsor-sponsor untuk The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay ni yea :)

23.MyraVea
24.EZ Lovey Craft
25.HijaBook
26.Islamio Paradise
27.Daniel Adie
28.Innanie Ariffin

Ada 28 orang sponsor, dan ada 88 hadiah untuk dimenangi. Taknak join lagi ke? Join laa, mari-mari. Ramai-ramai kita meriahkan Giveaway ini (^_^) So, marilah ramai-ramai join k.
Till then.
Ok, bye :D


7 Dis 2011

Tips Beli Kasut.

Assalamualaikum.

Hai-hai! I'm back ! HAHA :D

Actually, aku buat post pasal entry nih sebab aku nak berkongsi tips untuk beli kasut. Yang pastinya, mestilah kasut baru kan. Kasut lama belum lagi kot. *sebenarnya tak tahu :P* Tips yang aku bagi nih pulak based on pengalaman aku time beli kasut. Serba sedikit apa yang aku tahu bila nak beli kasut. If ada yang terkurang tu, aku minta maaf awal-awal lahh yea. If ada yang aku tak tahu, tapi korang tahu . Just let's me know too ! :D


Jom ! Straight to the tips :)

BELI kasut time petang or malam. Selalu orang cakap camni kalau nak beli kasut baru. Eh, ye ? Why ? Sebab kaki mengembang time-time cam tu. Eh, tak boleh beli pagi ke ? Well, aku tak cakap pun tak boleh. Kalau nak, beli ajelah. Tapi better petang or malam laa. Korang try fikir. Kaki mengecut time pagi, then korang pergi kasut beli time pagi 'Wahh, sukanya. At last dapat kasut favourite I'. Tapi, bila korang nak pakai petang or malam dimana kaki korang mengembang, agak-agak cukup-cukup muat kah kaki korang dengan kasut time nak pakai ? Beli time kecut, pakai time kembang. Got it ? Jangan nanti jadi my worst shoes I ever had sudah :P Melainkan kalau korang adalah orang yang sangat bertuah (^_^)


TRY your shoes girls ! JANGAN beli berdasarkan apa yang korang tengok saja. Korang tengok 'Ouh, I love it'. So, korang minta saiz kasut, then korang beli terus tanpa cuba kasut baru korang tu and blah. Ok, bye-bye. Pheww. Ingat ! We all know that different brand, different size even dia cakap yang saiz kasut is same -_-' And, bila korang dapat kasut korang tu korang TRY tau :D Try kedua-dua belah kasut. Ini penting. Try dua-dua kasut, berdiri tegak and be model girls ! Catwalk terus, rasa yang korang tu model paling top kt dunia ni. Biar kalah America's Next Top Model tuhh. Hehe, gurau-gurau. Try berjalan dengan kasut korang bakal beli tu ok. DONT'S just duduk, try sebelah kaki aje just because the design gila hot and the size suits your kaki. Tak bermaksud kasut tu betul-betul selesa sepenuhnya dengan kaki korang tu. Lagipun, korang mesti berjalan punya, bukannya nak duduk saja kan. Ye tak ?

PILIH kasut yang betul-betul muat dengan kaki korang dan bukannya longgar/ketat. Kalau aku beli kasut, aku memang selalu pastikan kasut tu tak longgar or ketat dengan kaki aku. Aku nak muat-muat dengan aku. Kalau takde jugak, takdenya aku nak beli. Sebab kalau longgar, confirm-confirm tak selesa sebab sikit-sikit kaki nak terkeluar dari kasut. Kalau ketat pulak, confirm-confirm kaki sakit or melecet, and I very hate it. Kalau korang kata kasut ketat, nanti lama-lama longgar tu takdenya aku nak ikut jugak. Aku tetap tak nak :P Hehe, bukannya apa. Kalau korang beli ketat jugak memang dia akan kembang dan longgar but, sebelum kembang and longgar tu kaki korang tetap jugak sakit dan melecet dan nak ke korang kasut cantik tapi kaki ada parut sebab melecet ? Unless you want to take the risk and unless you nak pakai just for one night.



AND aku nak bagitau satu benda nih. Benda ni atas korang lahh. If korang nak beli, korang beli lah. Lagipun duit korang kan. Tapi bagi aku maybe aku fikir dua tiga empat lima kali jugak lak. Hehe, tapi kalau dah berkenan beli sudah :D Korang tengok gambar bawah nih. High heels dengan sling back dia getah. Sling back yang dibulat merah tu.


Tak kisah lah kasut apa pun, tapi yang jenis sling back dia getah. Jenis yang sling back getah nih kalau pakai lama-lama dia akan loose. Benda nih terjadi kat aku. Dua kasut aku yang jenis sling back getah loose ! Kasut fav aku pulak tuh. Maybe sebab dia getah, tu yang loose dan longgar sebab aku selalu pakai. Yelah, dah nama pun fav kan. Baru-baru ni kan kat Penang ada Cup Prix, aku pergi pakai salah satu kasut aku yang sling back getah nih laa. Asyik-asyik kaki terkeluar dari kasut. Sikit-sikit kasut terkeluar dari kaki. Ehh ? Mana-mana lah :P Haa, loose punya pasal. Rasa macam nak baling aje kasut tuh dalam laut ! Grrr.
Okla, tu aje la tips dari aku :D

Till then.
Ok, bye :)

P/s : All image credit to Google.

29 Ogo 2011

Syawal 2011

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri !
(^_^)

21 Jun 2011

Penjagaan Diri - untuk perempuan

Assalamualaikum.

Hai-hai ! Hari ni bersama saya ELA untuk berceloteh tentang penjagaan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Erk ? Hehe , tak ada lahh . Just main-main aje . Okay , tengok title please :) Thank you . Penjagaan diri ? Apa itu penjagaan diri ? Mesti semua orang tahu kan . Yelah , tak kan la tak tahu kot . Eh , jap . What ? Tak tahu ? Meh nak sekeh ! HAHA . Okay-okay , gurau aje . Apa ada dengan penjagaan diri ni ? Penjagaan diri ini adalah macam mana nak jaga diri untuk lebih sihat , cantik dan berkeyakinan dari segi kecantikan . Err , sebenarnya dari buah fikiran aku sendiri lah. Maknanya cara jaga diri dari segi kecantikan , kesihatan dan lain-lain mengikut cara aku . Eh , aku tak cakap belit kan ?


Image : Google


Kecantikan tak semestinya bila kita make up aje , kita cantik . Menang lah cantik bila make up . Tapi sebelum kita make up pun , kita mestilah nak nampak cantik kan ? Maksud aku , sebelum korang apply foundation tak semestinya korang nak apply terus foundation kan ? Mesti nak kena cuci muka dulu kan sebelum ber-make up . Tak kan la muka sememeh macam orang baru bangun tidur terus nak make up kan ? Kita mesti nak muka kita fresh sebelum make up . Betul tak ? Okay , back to our topic . Kalau ikut aku lah, aku tak kan keluar rumah tanpa penjagaan diri . Bila nak keluar jalan-jalan la . Takat keluar depan rumah nak sidai baju aku tak kisah pun . Hihi :P Okay la . Sebelum aku merapu sampai lari tajuk , lebih baik aku terus ke point dia terus kan .

Image : Google


Bagi aku lah , penjagaan diri ni start bila kita lepas mandi . Kenapa lepas mandi ? Sebab lepas mandi lah kulit kita FRESH . Time tu jugak pori-pori kat muka kita terbuka kan. Time tu lahh kita start mulakan penjagaan diri . Memandangkan ini cara penjagaan diri aku , so aku nak share lah apa yang aku buat kat diri aku lepas mandi . Kalau korang rasa nak ikut , dipersilakan . Kalau tak nak pun takpa. Tapi , kalau ada salah silap aku minta maaf awal-awal dan kalau ada cara aku yang silap dan korang nak betulkan , lagi sekali dipersilakan :)

Sebelum korang gunakan apa-apa produk untuk diri korang , make sure badan korang bebas dari air. Lap kering-kering badan korang !

Okay , let's start.
  • Kepala / Rambut
Kalau aku basahkan rambut , maknanya rambut aku bersyampoo dan aku lembutkan dengan conditioner . Lepas mandi , aku keringkan rambut dengan semulajadi which mean aku tak guna pengering rambut . Lagipun rumah aku takda lak pengering rambut . Tak pernah beli pun . So , aku just lapkan lebihan air dengan tuala , dan biarkan aje rambut aku kering sendiri . Kalau korang nak keringkan rambut pakai pengering rambut pun , tak kisah lah . Terpulang .

  • Muka
Kalau muka lak , time mandi macam biasalah . Cuci muka dengan pencuci muka . Jangan bedal dengan pencuci baju lak . Hehe :P Lepas mandi lak aku tak pakai apa-apa pun . Aku cuma letak tipis-tipis pelembap bila mana aku rasa kulit muka aku kering . Kalau tak kering tak pakai lah . Okay , sebenarnya cara aku ni tak betul tau . Aku buat macam tu sebab aku tak pakai apa-apa produk muka sebab muka aku berjerawat . So , aku memang tak pakai apa-apa . Tapi , cara yang betul sebenarnya lepas muka kita dicuci dengan sabun , kita kena lah pakai toner , lepas tu lak pelembap . Tu kalau duk rumah lah . Kalau nak keluar lak pakai la sunblock , foundation , eye shadow , mascara dan lain-lain lah *kalau rasa nak ber-make up. Tapi make sure pakai sunblock sebab bila kita keluar muka kita mestilah dilindungi oleh cahaya matahari . Nak ke muka gelap ? Kalau pakai tudung lak , muka berbelang . Nak ke ? Hehe. Apa jua yang korang pakai , korang urutlah naik ke atas ye . Bukan ke bawah tau , muka kedut nanti :) Sebelum sentuh muka , make sure tangan bersih !

  • Hidung / Telinga
Kalau hidung tu ada taik , korek aje lah . Ikut lah nak guna jari mana pun . Tapi jari sendiri lah weh . Jangan guna cari orang lain lak :P Lepas tu jangan lupa cuci tangan tau ! Jangan jadi pengotor . Telinga lak , guna cotton bud untuk cuci .

  • Leher
Leher lak ek ? Apa aje yang korang guna untuk leher ? Aku pakai losyen aje . Tapi, apa yang aku buat lah bila cuci muka , cuci leher sekali .

  • Ketiak
Pakai deodorant yea . Supaya tak berbau .

  • Tangan / Kaki
Pakai losyen . Guna lah losyen kegemaran korang dan sapu pada seluruh tangan dan kaki .

  • Badan
Pakai losyen , pastu bedak bayi . Biar tahan lama sikit . Pastu pakai baju , seluar etc .


Okay , memandangkan ini cara aku memang la simple kan . Simple dan tak perfect! Cara korang mungkin lagi perfect . Tapi , bagi aku biar simple . Janji aku ada masa nak bermanja dengan diri aku sendiri . Bila aku buat semua tu kan , aku rasa fresh sangat ! Lagipun , aku kan selalu busy . Jarang ada masa terluang . And now, aku lagi yakin nak keluar rumah sebab dah yakin dengan diri sendiri .Kita kena yakin dengan diri sendiri ! Aku memang lebihkan losyen . Sebab kebaikan losyen kan untuk melembapkan dan mencantikkan kulit . Nak-nak lagi losyen yang mencerahkan . Tapi , aku pakai satu losyen aje . Tak campur-campur . Campur pun takpa kot . Kan kebaikan dia sama aje. Apa-apa pun terima kasih sebab baca sampai habis .

I'm may NOT perfect ,
but I'm always ME !

Ok, bye :)

5 Dis 2010

Bye. *sobs sobs :'(

salam semua .

saya nak pergi dah . saya nak pergi perang nihh . hoho~ doakan saya . *ayat taley blahh* okay , walaupun pihak poly memang kedekut nak kasi cuti lama-lama tapi saya tak kisah lahh . janji saya dapat masuk semester dua dengan jayanya . dengan ini jugak pelajar-pelajar junior , sila anggap saya sebagai senior yea ! walaupun umur sama. agaga ! gurau aje :DD dengan ini jugak saya kena lahh duk rumah sewa . ehh , jap-jap . pehal ayat skema tahap cipan nihh ?

ehem-ehem , dengan ini aku kena laa dok rumah sewa walaupun rumah sendiri dekat . *sebenarnya jauh lahh jugak* disebabkan takde transport , kena lahh duk rumah sewa wehh . HAHA :) kenapa aku taip nak pergi perang eh ? nampak pelik ke? tak kan . yelahh , nak pergi perang balek lahh bila dah masuk semester dua nihh kena lahh mengadap 'muka buku' yang baru , pensyarah baru *err , 'facebook' ?* LOL kenapa aku lama tak update ? busy lahh . hehe , sorry yea . poly pun nak buka esok nihh , barang-barang ada sikit aje lagi yang belum packing . macam biasa lahh , kerja last minit memang macam nihh . *bila nak berubah kau nihh?* pasal rumah sewa aku lak . adehh , jauh lahh nak mendaki . tingkat atas sekali doe . penat wehh . confirm aku balek-balek class landing terus . dah la jauh berjalan . okay , diulangi . berjalan ! yess , berjalan la pacikk macikk oii pergi class. dah la poly dengan rumah jauh dalam jarak boleh lahh dikatakan 5 km . okay , ni tipu . aku pun ta tau jarak nye . ta ukur lagi lahh , bukan nyea aku amek Diploma Ukur Tanah . ehh ? ade kena mengena tak ? err *konpius sebentar* (*_*) haha , tapi yang pastinya . jauh lahh jugak (: macam mana sekalipun , aku enjoy holiday aku sebab aku pergi holiday lahh . HAHA :D

dengan ini jugak , aku akan ta update plus kinda busy . tuu rumah sewa tuu , kena kemas babe . hoho~ :D pape pun , aku nak pergi berkemas . lalala~ bye , see u soon :)

24 Nov 2010

Info - Terapi Mengurut

hai hai semua !

mari-mari , aku nak berkongsi sesuatu dengan korang semua . sape tatau ape uh terapi mengurut , google aje lahh ehh . hhehe , meh nak gtau yea :)

terapi mengurut adalah satu cara untuk membuat tubuh terasa lebih segar dan SIHAT ! sihat tu penting aw . mengurut bukan hanya berguna untuk menlancarkan aliran darah , malah boleh gak menghasilkan hormon endorfin yang boleh buat jiwa dan perasaan menjadi lebih tenang . menurut sumber , mengurut di wajah berfungsi untuk merehatkan otot dan melancarkan pembuluh darah di bawah kulit , serta membantu mencegah munculnya garis halus . kalau nak tahu fungsi mengurut tempat laen , baru google yea :) okeyhh . mehh tengok cara urutan kat muka .


1. sebelum korang mula proses mengurut nihh , make sure korang cuci kedua-dua belah tangan korang sebersih-bersihnye yea . then , bersihkan wajah korang lak dengan pencuci muka . pencuci muka ape yang korang pakai lahh taw . jangan pegi amekk pencuci baju lakk . kalau korang pakai safi , safi lahh . kalau korang pakai fair n lovely , go on aje lahh . ta kira lah pencuci ape pun yea. tapi make sure pencuci muka . jangan hampa pi tibai pencuci pinggan lakk :D

2. okay , next . buat gerakan mengurut dengan kedua belah tapak kaki tangan, menekan secara LEMBUT . lembut-lembut yea :) start dari leher hampa yang jinjang uhh , perlahan pindahkan kedua tangan dengan slow-slow sambil mengurut ke arah pipi , sampai lahh ke bahagian dahi .

3 . pas uh , teruskan dengan gerakan lancar . gunakan bahagian belakang jari tangan dan gerakan berganti-ganti dengan arah melingkar di sekitar pipi , leher , dan bawah dagu . bukan melingkar cm ular lakk eh.

4. nak lancarkan aliran darah lak , letak salah satu ibu jari dan jari telunjuk di kedua kening hampa . tekan lahh slow-slow sambil digerakkan dari hujung kening sampai lahh tulang hidung . *hidung boleh mancung kot kalau buat* :D

5. mane ade dahh . tu aje lahh , simple kan ? hhehe . try laa , bila uat rase relaxx aje . ta amek masa lama pun , 5 minit aje :)


15 Nov 2010

I'm BACK !

assalamualaikum.

jap eh. puhh , puhhh, puhhhhh ! aishh ! banyak nya habukk .
aishhh! sini ada lagi . sini pun ada . pehall banyak sangat habuk ni ?
jap yea. nak buang
² habuk yang ade ni.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

okay, agak
² dah okay dah kot mua ni. taddaaaa! takde habuk da.
HAHA, setelah dikira
² guna tangan , guna kalkulator , kalkulator saintifik
apa semua jenis kalkulator lahh kan. hampir 7 bulan blog aku ni BERHABUK !
wahhh , sangat dasyhat . err , dasyhat ke ? HAHA , mana
² aje lah eh.
ehemm , jap
² ade sape² rindu kat aku tak ? HAHA , perasan aje .
saya sangat busy . maafkan saya sebab dah lama tak menaip .
HEHE :)) sangat
² la busy . tapi sekarang , saya kurang busy . KURANG BUSY !
makna nye , busy la jugak en . takde la free aje selalu .

sebab saya dah lama sangat tak menaip , jari
² saya pun dah macam kaku
nak menaip. muahaha :D tapi lepas ni , saya akan aktif balek berblog ni.
InsyaALLAH :) saya jugak telah berjaya menamatkan semester satu
dengan cemerlang nya. dengan ini , saya jugak dah baru aje lepas final exam .
dan sekarang tengah cuti. muahahaha :DD *final exam susah doe!*
pape pun, saya nak ucap kan..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA . :DD

p/s : tunggu saya in the next post. :)

20 Jun 2010

nak pergi dahh :(

salam , entry pendek .

maafkan saya , saya sangat sibuk . alahai ayatt , sorry sangat² yea . aku dah nak pergi tau , hhuhu . sedihh aje :( tahu kan aku nak pergi mana . esok la yang aku nak pergi . sibuk sangat , sebab packing barang . pergi teori motor lagi , plus praktikal . tapi tu semua dah DONE ! lega gila rasanya . pffttt -_- penat sangat² , terkejar sana-sini . lepas ni nak pack lagi barang² yang lebih² tu . tak habis packing lagi tau ! kate nak tukar header pun tak dan dah tau . pheww . but paling worse sekali la , alat² tulis langsung tak beli lagi . teruk gila kot . haihh , lepas ni nak siap² , nak pergi benda² tuh . peringatan dari aku , jangan la buat kerja last minutes supaya korang tak terkejar-kejar macam aku ni haa ! sekian , terima kasih :) wahh , ayatt lagi . cehh -_-

17 Jun 2010

yayy !

salam :)
selamat petang .

ehem² *gaya macam nak buat ucapan
gitu
, dengan ini saya mengisytiharkan saya LULUS ujian komputer
(:

Alhamdullilah . aku bersyukur yang teramat kepada ALLAH . terima kasih ALLAH ((: berapa aku dapat tu , tak payah tahu la kot . cukup² makan lah kan , kan aku dah kata aku tak berapa pandai dalam bab² lesen ni . so , ape yang aku dapat pun cukup² makan aje lah kan . tapi , aku tak kisah . aku dah lulus ni pun dah cukup bertuah tau . okey , jom cerita . hhehe :) bayangkan , aku tidur pukul 4 pagi dok baca buku . dah bangun² tu , siap² semua . dah separuh ready lah kan , terus pergi pejabat makcik tu . sampai² sana , ada 3 orang lagi yang dok tunggu sekali . makcik tu tak sampai² lagi pun . so , dalam masa nak tunggu tu adalah dalam 20 minit macam tu . then , makcik tu pun sampai la . kan 3 orang kan ? seorang laki , 2 orang perempuan . aku kenal laki tu , Aqil nama dia . yang perempuan 2 orang tu tak kenal la pulak . Aqil dengan seorang perempuan ni baru nak kursus . aku dengan seorang lagi perempuan ni nak test komputer lah . so , ape lagi kan ? gerak ajela . hantar la dorang dulu pergi kursus , then baru hantar kami pergi test komputer ni . dah sampai , sebelum masuk ada lah 2-3 orang cina kat depan pintu tu , aku ingat saje² aje duk kat situ . bila aku masuk aje , makk aii ramai siod ! ramai gila . tempat duduk pun dah penuh . aku dengan kak tu pun pergi la kat kaunter dia , kasi i/c pastu ambil nombor . and , guess what ? nombor aku 30 dhoo hhaha , time tu nombor dalam 8-9 macamtu kot . pergghh , tunggu lama ni . takpe la kan , pastu keluar balik . hhehe , yelaa . tempat takde wey . takkan nak bersila kot kan . berdiri jap kat luar tu , tak sampai pun 5 minit , ada tempat duduk kosong dah . masuk la kan . pastu , ape lagi kan . duduk ajela . dah la aku nak sambung baca balik buku ni haa ! hhehe ,

pastu tunggu punya tunggu , sampai la nombor aku . sebelum masuk , thumb print dulu . cehh , pehal entah dia tak detect aku punya thumb print . kanan ke kiri , kiri ke kanan , kiri balik baru boleh detect . pastu dah kesan , aku ambil i/c nak masuk dalam bilik ujian la . sebelum tuh , tinggal handphone buruk aku kat kaunter dulu . dengan lafaz bismillah , aku pun masuk la dengan dup dap dup dap jantung aku dok berbunyi . cewahhh , ayat tu :P cari la komputer yang number 9 . number aku tuh , number favourite yaww ! hihi . dulu masa first test aku , aku dapat komputer number 10 *flashback :) pastu , taruh itu number i/c . keluar la itu punya soalan *eh , ape cakap keling ni ? ohh , baru aku tahu . kalau pernah lulus ujian buta warna time first test , tak payah ulang dah kalau buat second test . mati² aku ingat ada ujian buta warna tuh . first test aku lulus tau *flashback :) jawab la aku 50 soalan tu . aku ambil masa agak lama tau . hampir 3 minit sebelum tamat . so , dah habis jawab . dengan lafaz bismillah plus ber-debar² nya , aku klik TAMAT SESI . aku tak tahu lagi berapa aku dapat time tu . sebab dia suruh pergi kaunter ambil keputusan . wak lu , aku cakap betul punya aku tak berani wey , aku nak tahu dulu gak . aku klik la semak keputusan . hhehe , alhamdullilah :)) keluar la aku dari bilik ujian tu dengan senyuman , aicehhh . tapi aku terkejut ! fuyoo , ramai gila kot orang dok tunggu . pastu , pergi thumb print . ishh² macam biasa lak dia , kiri ke kanan , kanan ke kiri . baru dia detect . ber-kali² dok lap ibu jari aku tuh . *jari lain tak nak ker ? hhihi :P amboi² kak yang test sekali dengan aku tu , keluar punya awal tau . tak sampai 20 minit dah keluar tau . and guess what ? kak tu 48/50 weyhh ! terror siod . ilmu ape dia pakai erk ? 2 aje salah weyh , tabik spring laa ! hhuhu . so , kak tu call makcik awi tu . tunggu la makcik tu , teettt ! korang tahu tak , aku tertinggal handphone buruk aku tuh kat kaunter . aku pergi lah balik kat pejabat tuh ambil handphone . selamat lah mak cik awi tu tak sampai lagi . malu gila kot , dah la ramai orang . hhehe , tu aje la cerita aku . yeah , aku tahu . time first test aku tak cerita kan ? tak nak cerita . sedihhh :( okeyla , tu aje . my story kinda boring ? so sorry lah yea :(

p/s : aku rase nak tukar header la , hhuhu . rasa² korang nak tukar ker nak biar aje?

16 Jun 2010

4 days to go

salam :)

selamat petang .

wehh , tengok la . 4 hari aje lagi tau . dup dap dup dap ! hari isnin ni , 21 Jun 2010 aku nak pergi dah . korang mesti tahu kan , aku nak pergi mana . continue my study at politeknik (: aku macam tak bersedia lagi aje -_- hhehe , kalau korang nak tahu . packing barang pun belum lagi tau , hhehe . *memang kena packing awal ke ? dah la packing pun belum lagi , stationaries pun tak beli lagi tau tak ! *teruk betul aku kan benda penting macam tu pun tak beli lagi tau . ish ish , ape la kau ni ela . dah satu hal tu , sijil-sijil aku yang berkaitan pun aku tak keluarkan lagi dari file high school aku dulu pffttt , teruk gila kan . aku macam tak bersedia lagi lahh . hhuhu , takut pun ada jugak . nanti HOMESICK macam mana ?? uwaaa , tak nak pergi la macam ni :'( cehh , macam budak-budak la kau ni . hhihi , bukan ape . aku memang tak bersedia lagi tau . yelaa , dah lama habis sekolah . BEBAN tuh terus aje lekat kat aku . tak boleh la macam ni kan , kena la semangat sikit kan . eh , bukan sedikit . banyak tau ! tapi aku bersyukur sangat sebab walau pun aku pegang duit sendiri time keja dulu , aku tetap ada niat nak sambung belajar :)) hah , aku akan buat test komputer esok . macam aku kata la kan . aku try aje buat , if tak pass jugak . redha aje lah . yupp , aku tak berapa pandai bab lesen-lesen ni kot , motor pun aku tak berapa reti bawak wey ! plus aku kekadang malas nak baca hhehe ;) takpe la , aku chaw dulu . nak baca buku untuk test komputer ni .

11 Jun 2010

okay,fine

9 JUNE 2010

korang percaya tak gigi aku macam vampire ? hhoho :D
okay , aku terus terang aje lah . aku GAGAL test computer . hhaha , agak siot ! agak kekecewaan :( but , i'll try my best for the next test . okay tutup cerita , malas nak fikir . nanti aku kesedihan . cewahhh , ayat tuh . :))
kecewa tak lama la kot . pagi pergi test , petang tu aku keluar . aku ada kasi tahu kot hari tu , yang aku nak hang out tengok cerita Lagenda Budak Setan . okey , DONE . dah tengok cerita tu . best lah kan , sebab dapat hang out plus tengok wayang . terus hilang kecewa tu , terbang melayang ke mana entah tak nak pulang² buat sementara waktu . entah bila pulak dia nak mai cari aku balik *sigh . aku tengok agak lambat yea ? kinda busy lah , babe . banyak benda yang nak di-settlekan . cerita ni , OKAY lah , best . tapi Khalied kata tak best . *dia bukan mamat jiwang kot :P cerita ni macam sedih² kan . lebih² lagi diadaptasikan dari novel . lelaki memang tak berapa minat novel kot erk ? cerita dia makk aiii , laju siot ! tak dan nak feeling lebih² kahkah :D part yang spoil time Lisa Surihani bertukar muka , cewahh plastic surgery lagi :P . dalam novel dia memang macam ni ker ? sorry lah , aku tak pernah pun baca novel ni . tu yang tak berapa sempoi dimata aku . watak Kasyah a.ka Budak Setan hilang taring bila munculnya Ayu . kenapa lah dia tak teruskan aje watak setannye tu erk ? Azmi ? power gila ! watak dia memang hidup gituuu . aku benci betul kalau ada jantan yang macam Azmi tu ! aku sedih jugak walaupun sedikit . but , aku tak menangis tau ! yeahh ! aku kuat . ape² pun lagu dia best !
hari tu aku kata nak kasi tau social networking aku kan ? Insya ALLAH , aku akan update dalam masa terdekat ni . tu pun kalau komputer aku tak jadi kerek , dan aku ada masa . sebab esok aku nak pergi buat latihan test komputer .
P/s : jom pergi tidur .

9 Jun 2010

working lahh pulak.

hhehe , second post :)
salam reader .

kenapa erk aku buat dua entry ? choii , saje suka suki :) dua entry , tapi berlainan isinya :D okey , after medical check-up semua dah DONE . aku pergi kerja . eh , sebelum tu pergi makan dulu . pastu baru pergi kerja :) kat mana ? tempat kerja lama aku dulu . aku sebenarnya menolong orang lahh , kak zie *tauke kedai memang dah ada pekerja baru . but , ayah pekerja tu meninggal . then , kak zie sibuk . dia minta aku gantikan , tolong dia . aku pun memang tak ada ape yang nak dibuat , so aku pergilah . tapi untuk tolong dia saja , just for one day . aku pun sebenarnya malas nak pergi situ . tapi disebabkan aku memang baik dengan kak zie , dia pun minta sangat tolong aku . aku pun pergilah . salah satu sebab aku tak nak pergi sebab bisu tu lah . meyampah ! huh ! cukuplah , tak nak feeling lah , tak suka . hah , satu lagi . lagi berapa jam aje lagi , aku akan pergi buat test komputer . harap dapat more than 44/50 . kalau dapat , Khalied nak belanja . You ingat tau , belanja I okeyh :P wish me luck Thank You :)


settle :)

hai hai , salam readers :)



korang² , aku nak bagi tahu . aku dah buat medical check-up tau :) pastu dah settle semua yuran² dah . syukur yang amat sebab benda² macam ni dah settle :) pagi ni , hari rabu kan ? aku nak cerita balik pasal hari selasa punya cerita hhehe :P okey , dalam pukul 8.15pagi macam tu dah siap² nak pergi dah la , nak buat semua sekali la . then aku pergi la klinik A dulu . cakap² apa semua , dia kata kata kalau nak buat x-ray kena esok sebab orang yang nak x-ray kan tu tak ada plus kena tunggu lama . dalam 1 or 2 bulan macam tu . mak aiii , lama babe ! pastu kalau nak cepat , pergi GH . mak aku kata tak payah la kan , tapi kan ada seseorang ni dia kata dia kenal aku . dia kenal time aku sekolah rendah . aku fikir² la balik , laki ni pernah check gigi aku time aku budak² ka ? then , memang betul la . time aku budak² lagi time tu . hhaha , dia ingat erk aku . nama aku pun dia tahu . makna nya muka aku dari dulu sampai sekarang tak berubah kot . yang peliknya aku tak kenal pun dia tu hhaha :P



okey , pastu pergi klinik B . time pergi klinik ni , settle la semua sekali . first tu , kena test urine lah . dah la tak terasa nak tuttt pun . haishhh , sabar aje lah aku time tu . pastu , timbang berat dengan tinggi . next , check mata . yang aku tak sangka nya , aku dapat jawab betul aww ! :) *bangga jap hhuhu ;) padahal aku half-hentam kot , hhehe :) lastly , x-ray lah kan . argghhh , time ni aku malas aje nak cerita . part² bukak baju la apa semua tu lah kan *korang fikirlah sendiri yang pastinya yang x-ray kan aku tuh WANITA yea . dah settle semua , masuk bilik doktor tu check tekanan darah pulak and check part² body lain takut ada injured kat mana² and lastly , DONE ! pastu aku macam terfikir pulak , kenapa dia tak check darah ? pastu , kenapa dia tak check gigi ? kat klinik tu , tak ada peralatan untuk semua tu . by the way , dalam borang pendaftaran tu tak cakap pun suruh check gigi (?_?) . pelik betul kan . hentam ajelah , ikut aje ape yang dia nak .

gigi aku macam vampire kot , sebab tu dia tak suruh check :P dah settle ape semua . cari lah pulak klinik lain untuk check darah . dah dapat tu , tanya lah semua kan . dia kata okey ja . boleh la kan , so aku check lah . hhehe , aku tak takut tau . relaxx aje . dia tak ambik pun kat atas siku tu . dia cucuk dekat hujung jari aje , macam aku kata lah darah pun ciput aje . tapi sumpah , rasa macam kena kejutan aje . kihkih :D then , aku gerak pergi bayar yuran . kena bayar kat dua bank , 1 kat Bank Simpanan Nasional , 1 lagi dekat CIMB Bank . so , dah settle ! Alhamdullilah ;)

6 Jun 2010

ehh,kau tiba juga akhirnya..


hah ! siapa yang tiba ?? orang ke ? beruang ke ? haha , bukan lah . yang tiba tu surat lah :) surat apa ? teka cepat , aku kasi 50sen . teettt , SALAH ! hhehe :) siapa pun tak dapat 50sen , try next time yea :P hhaha , okey² stop it . straight to Ampang Point please :) okey , aku dah dapat surat reply dari politeknik . surat ni aku tunggu agak lama tau . semalam , aku pergi post box nak ambil surat , alih² surat ni pun ada sekali . then , aku balik rumah tunjuk kat mak aku . dia pun dah buka , check² apa semua lah . then , malam tu jugak aku tengok la surat tu . ohh , rupanya Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik Seberang Perai .



tengok tu , nama aku dan alamat yang aku colourkan hitam tu , tinggal Pulau Pinang aje . hhehe :) kenapa aku buat macam tu erk ? biarlah rahsia . cewahhh lagu Datuk Siti lagi aww :) okey , continue . dalam buku tu , dia kasi slip bank sekali lah kan . untuk yuran pendaftaran , yuran asrama dan bla bla . ada sekali borang maklumat pelajar , borang medical check-up , borang ikrar dan bla bla . hah ! cakap pasal medical check-up tu , woo ! wa nak habaq mai , wa manyak seriau punya lo ! hhehe , aku tak pernah tau buat medical check-up ni . habaq terus terang punya lah . paling aku seriau ambil darah . bapa aku kata , dia cucuk kat hujung jari jaa . ada betul ka ? dapat pun darah ciput la erk . tapi , lain pulak kata orang . orang cakap ambil kat atas siku tu *ala , tempat yang doktor tu selalu ambil tu la . aku tak tau la apa nama , hhihi ;) . depa kata sakit woo ! *seriauuu ! pastu , nak x-ray erk ? haha , kena bukak baju ke ? pastu pakai baju klinik tu ? jangan doktor laki dah la , segan aku tau *blushing pastu, kena settle duit pendaftaran la apa semua kan sebelum pergi daftar tu ? yang tu aku serah kat ibu bapa kesayanganku aje lahh :) okey , kalau korang ada tengok kat twitter aku , aku kata nak pergi shopping kan ? haha , aku dah pergi tau . beli barang² untuk masuk poli la . aku pergi awal sangat ? tak awal sangat lah , lebih kurang dua minggu aje lagi . lagipun bapa aku tak kasi buat kerja last minutes . bapa aku dah set tau nak pergi buat medical check-up hari isnin ni . hah ! awal gila tu ! yelaa , buka² aje sekolah aku pun nak pergi poli . bila fikir² balik , macam takut pulak nak pergi . aku sebelum ni kan tak pernah duduk asrama tau . tak pernah berjauhan dengan parents dan family aku . kan HOMESICK macam mana ? urhh , tak nak fikir lagi lah , nanti ada saja perkara negatif yang aku fikir .

3 Jun 2010

Lagenda Budak Setan


ehem , ehem . hari ini kan 3 JUN 2010 tau *macam la orang lain tak tahu kan :P hari ini kan , LAGENDA BUDAK SETAN tau . eh , bukan-bukan . LAGENDA BUDAK SETAN dah keluar . awww ! suka-suka , tak sabar nak tunggu minggu depan . nak keluar nak tengok gambar ni la , insyaALLAH (: ada budak tu kan , dah pesan suruh bawak tisu . hhaha , yelaa erk . saya ingat pesan awk tu yea cik Mysara :) ada siapa nak ikut tak ?? nak tak ? kalau nak , silalah pergi ke pawagam yang berdekatan dengan rumah kediaman korang yea . kalau nak ikut aku , kena belanja . boleh ? hhaha kalau nak cara paling senang , guna cara online aje . aku nak kasi tahu senarai pawagam yang ticket online la yea :)

senarai pawagam ( ticket online )

GSC Cinema

BIG Cinema

TVG Cinema

Cathay

Mega

ada jugak lain . tapi tak tau la kan , tak pasti sangat . aku pergi Gsc aje , dekat sikit :)