24 Mei 2010

Cinta Kau Dan Aku

okay , kali ni aku nak cerita pasal novel pulak . orang selalu kata , orang perempuan ni yang selalunya membaca novel . lelaki-lelaki ni kurang sikit kot . tapi , bagi aku terpulang lah pada siapa yang suka baca novel baik lelaki atau baik perempuan . tapi , majoritinya perempuan la . lelaki dengan novel selalu nya ta boleh ngam hhehe (: diaorang lebih suka magazine yang ada gambar banyak² , yang cerita panjang berjela diorang tak berapa suka . eh , ye ke ? okey berbalik pada novel , tajuk novel yang aku baca ni ialah Cinta Kau Dan Aku , karya Siti Rosmizah .

novel ni memang SUPERB ! aku tahu , mesti dah ramai yang baca . best kan , kan ? novel ni dulu aku dah baca , kalau ta silap aku dalam awal tahun kot , bulan berapa tak pasti . kawan mak aku yang kasi pinjam . disebabkan jalan cerita novel ni best yang amat , aku fikir aku nak beli novel ni untuk koleksi aku . cerita dia memang terbaik wokk ! sebab tu aku nak sangat novel ni jadi koleksi aku (: oleh itu aku telah pergi survey novel ni kat kedai Popular . dan akhirnya , tanggal 23 April 2010 . novel ini aku dah dapat but , as a gift (: lambat kan ? first tu aku tak jadi beli la . tapi ada lah orang yang baik hati , yang tahu aku nak sangat² novel ni , bagi kat aku . siapa ? secret :) thanks a lot , dear :))

ye laa , aku tahu memang lambat kan ? takpe la , ta kisah pun . janji dah ada dalam tangan hhihi :D okay ini pulak sinopsis novel ni yea . siapa² yang tak tahu , nak baca dan nak tahu cerita selanjutnya , silalah jadi followers aku *lawak aje okeyh :P beli kat kedai . yang pasti nya kedai buku yea :) novel ni ada 679 muka surat kesemuanye , harga nya RM19.90 (:

Sinopsis Novel .

Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya?

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang.

"Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar, Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda, Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus, tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya. Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya! Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangganya. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telah membuka lembaran baru dalam hidup Farisya. Dia bangkit membina hidup baru. 6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta.

Cabaran! Itulah perkataan keramat hingga tercetusnya ilham saya ini. Selepas terhasilnya novel pertama saya Andai Itu Takdirnya saya telah mencabar diri saya sendiri untuk melangkah sekali lagi ke dalam dunia penulisan ini. Jika dulu anda berendam air mata tapi kini saya cuba untuk membuat anda ketawa, namun sentiasa bersiap sedia kerana dalam tawa akan ada tangisnya. ~Siti Rosmizah~ , penulis novel Cinta Kau Dan Aku .



3 Kritikan:

full of love,keyna berkata...

sgt besh!nk belila,huhu

Tanpa Nama berkata...

best ! msti beli nih !

Ela berkata...

keyna && sera > mmg besh!!beli la,tak rugi punya.kalau dah beli,bagitau yea :)