Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan

10 Dis 2011

7 Hari Mencintaiku

Assalamualaikum.


Kali ni aku nak cakap pasal novel pulak. Novel 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah. Dulu pun aku ada post pasal novel karya Siti Rosmizah jugak. Novel Cinta Kau dan Aku. Kali ni, dari penulis yang sama tapi novel yang berlainan. HEHE :D Novel ni pun dah lama keluar kan ? Kalau tak silap dah lama. Tapi aku baru aje baca. Biasa la, ketinggalan sikit -_-' Tu pun housemate yang bawak. Dia kaki novel! :D Kalau korang baca novel ni kan, mesti korang bengang gila dengan heroin dia. Sebab heroin dia kan.......... Hhaha, kalau nak tahu kena beli ! Aku rasa nak aje beli novel ni sebagai koleksi aku. Sebab cerita dia best ! Tak membosankan langsung. Seriously ! Pages novel nih 1000++. HAHA, terkejut tak ? Novel pertama yang aku baca muka surat dia seribu lebih ! Mesti korang macam terfikir, apalah yang Siti Rosmizah nih merepek dalam novel dia sampai seribu lebih muka surat kan . Hehe, beli dulu pastu baca baru tahu. Tak rugi pun, sebab cerita dia SUPERB ! :D Harga dia pulak dalam RM30++ jugak laa. Tak ingat sebab novel pun novel pinjam kan :P Okay, tanak cakap banyak. Mari kita lihat sinopsis novel ni (:




Sinopsis Novel 7 Hari Mencintaiku.

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So...apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"

Khuzairi dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang dilemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya. Demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang digenggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Till then.
Ok, bye :D





11 Jun 2010

okay,fine

9 JUNE 2010

korang percaya tak gigi aku macam vampire ? hhoho :D
okay , aku terus terang aje lah . aku GAGAL test computer . hhaha , agak siot ! agak kekecewaan :( but , i'll try my best for the next test . okay tutup cerita , malas nak fikir . nanti aku kesedihan . cewahhh , ayat tuh . :))
kecewa tak lama la kot . pagi pergi test , petang tu aku keluar . aku ada kasi tahu kot hari tu , yang aku nak hang out tengok cerita Lagenda Budak Setan . okey , DONE . dah tengok cerita tu . best lah kan , sebab dapat hang out plus tengok wayang . terus hilang kecewa tu , terbang melayang ke mana entah tak nak pulang² buat sementara waktu . entah bila pulak dia nak mai cari aku balik *sigh . aku tengok agak lambat yea ? kinda busy lah , babe . banyak benda yang nak di-settlekan . cerita ni , OKAY lah , best . tapi Khalied kata tak best . *dia bukan mamat jiwang kot :P cerita ni macam sedih² kan . lebih² lagi diadaptasikan dari novel . lelaki memang tak berapa minat novel kot erk ? cerita dia makk aiii , laju siot ! tak dan nak feeling lebih² kahkah :D part yang spoil time Lisa Surihani bertukar muka , cewahh plastic surgery lagi :P . dalam novel dia memang macam ni ker ? sorry lah , aku tak pernah pun baca novel ni . tu yang tak berapa sempoi dimata aku . watak Kasyah a.ka Budak Setan hilang taring bila munculnya Ayu . kenapa lah dia tak teruskan aje watak setannye tu erk ? Azmi ? power gila ! watak dia memang hidup gituuu . aku benci betul kalau ada jantan yang macam Azmi tu ! aku sedih jugak walaupun sedikit . but , aku tak menangis tau ! yeahh ! aku kuat . ape² pun lagu dia best !
hari tu aku kata nak kasi tau social networking aku kan ? Insya ALLAH , aku akan update dalam masa terdekat ni . tu pun kalau komputer aku tak jadi kerek , dan aku ada masa . sebab esok aku nak pergi buat latihan test komputer .
P/s : jom pergi tidur .

24 Mei 2010

Cinta Kau Dan Aku

okay , kali ni aku nak cerita pasal novel pulak . orang selalu kata , orang perempuan ni yang selalunya membaca novel . lelaki-lelaki ni kurang sikit kot . tapi , bagi aku terpulang lah pada siapa yang suka baca novel baik lelaki atau baik perempuan . tapi , majoritinya perempuan la . lelaki dengan novel selalu nya ta boleh ngam hhehe (: diaorang lebih suka magazine yang ada gambar banyak² , yang cerita panjang berjela diorang tak berapa suka . eh , ye ke ? okey berbalik pada novel , tajuk novel yang aku baca ni ialah Cinta Kau Dan Aku , karya Siti Rosmizah .

novel ni memang SUPERB ! aku tahu , mesti dah ramai yang baca . best kan , kan ? novel ni dulu aku dah baca , kalau ta silap aku dalam awal tahun kot , bulan berapa tak pasti . kawan mak aku yang kasi pinjam . disebabkan jalan cerita novel ni best yang amat , aku fikir aku nak beli novel ni untuk koleksi aku . cerita dia memang terbaik wokk ! sebab tu aku nak sangat novel ni jadi koleksi aku (: oleh itu aku telah pergi survey novel ni kat kedai Popular . dan akhirnya , tanggal 23 April 2010 . novel ini aku dah dapat but , as a gift (: lambat kan ? first tu aku tak jadi beli la . tapi ada lah orang yang baik hati , yang tahu aku nak sangat² novel ni , bagi kat aku . siapa ? secret :) thanks a lot , dear :))

ye laa , aku tahu memang lambat kan ? takpe la , ta kisah pun . janji dah ada dalam tangan hhihi :D okay ini pulak sinopsis novel ni yea . siapa² yang tak tahu , nak baca dan nak tahu cerita selanjutnya , silalah jadi followers aku *lawak aje okeyh :P beli kat kedai . yang pasti nya kedai buku yea :) novel ni ada 679 muka surat kesemuanye , harga nya RM19.90 (:

Sinopsis Novel .

Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya?

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang.

"Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar, Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda, Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus, tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya. Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya! Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangganya. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telah membuka lembaran baru dalam hidup Farisya. Dia bangkit membina hidup baru. 6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta.

Cabaran! Itulah perkataan keramat hingga tercetusnya ilham saya ini. Selepas terhasilnya novel pertama saya Andai Itu Takdirnya saya telah mencabar diri saya sendiri untuk melangkah sekali lagi ke dalam dunia penulisan ini. Jika dulu anda berendam air mata tapi kini saya cuba untuk membuat anda ketawa, namun sentiasa bersiap sedia kerana dalam tawa akan ada tangisnya. ~Siti Rosmizah~ , penulis novel Cinta Kau Dan Aku .