Assalamualaikum.
Hello orang-orang yang suka memasak sekalian !
Kali ni aku nak kongsikan satu resepi dengan korang-korang yang membaca blog buruk aku nih :D Actually, aku ambil resepi nih dari 1 majalah. Resepi tuh aku tertengok. Baca sepintas lalu, terus rasa nak buat. Sebab dia ada CHEESE ! Siapa suka cheese ? Saya ! Saya ! Aku agak gilakan cheese. Teehee ;D Memandangkan majalah tuh aku tengok dari jiran rumah sebelah, bila aku nak ambil majalah tu buat rujukan, majalah tuh pulak tak ada *hilang kot. Tajuk resepi nih pun aku pakai tibai aje HEHE (: Okay-okay, sebelum aku melalut dengan lebih jauh, mari kita terjah ! Jangan lupa untuk cuba yea.
Bahan-bahan :
- Roti (tak kisah lah brand apa pun)
- Cheese keping (tak kisah lah brand apa pun)
- Mentega
- Telur
Cara-cara :
- Ambil dua keping roti, sapukan mentega atas roti.
- Buat lubang kat tengah-tengah roti.
- Panaskan kuali, masukkan mentega. Then, bakar roti tadi biar jadi roti bakar.
- Selepas tuh, pecahkan telur dan masukkan telur kat dalam lubang roti yang korang buat tadi.
- Setelah selesai, potong cheese keping dan susun atas roti. Yummy !
P/s : Abaikan pinggan yang buruk tuh okay (=
Tips :
- Resepi ini boleh dinikmati time sarapan pagi.
- Dinikmati bersama sos or mayonis.
- Boleh tambah cheese !
- Letak dalam microwave untuk biar cheese tuh lebih cair.
- Kalau tak ada microwave, panaskan atas kuali leper. Kecilkan api dan biar cheese mencair.
- Dan tambah lah apa-apa aje yang korang nak tambah, terserah pada citarasa korang :D
Amaran : Ini bukan resepi diet yea.
Thanks for reading and Good LUCK ! Resepi ini senang aje, try your best ;D
Till then
Ok, bye :D
0 Kritikan:
Catat Ulasan