Memaparkan catatan dengan label favourite. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label favourite. Papar semua catatan

11 Apr 2012

#Music 3

Assalamualaikum.
Hello pendengar lagu-lagu english yang tegar sekalian :D
Jom ! Mari kita lihat dan dengar lagu yang best yang tengah aku dengar sekarang (:
1.
We Are Young - Fun. ft Janelle Monae
2.
Somebody That I Used To Know - Gotye ft Kimbra
3.
I Like It Like That - Hot Chelle Rae.
Lagu-lagu kat atas semua nih memang bestla. Try dengar okay (: Nak download? Sila cari and download dekat 4shared yea :)

Till then
Ok, bye :D

31 Mac 2012

Resepi : Roti Bakar Cheese


Assalamualaikum.


Hello orang-orang yang suka memasak sekalian !


Kali ni aku nak kongsikan satu resepi dengan korang-korang yang membaca blog buruk aku nih :D Actually, aku ambil resepi nih dari 1 majalah. Resepi tuh aku tertengok. Baca sepintas lalu, terus rasa nak buat. Sebab dia ada CHEESE ! Siapa suka cheese ? Saya ! Saya ! Aku agak gilakan cheese. Teehee ;D Memandangkan majalah tuh aku tengok dari jiran rumah sebelah, bila aku nak ambil majalah tu buat rujukan, majalah tuh pulak tak ada *hilang kot. Tajuk resepi nih pun aku pakai tibai aje HEHE (: Okay-okay, sebelum aku melalut dengan lebih jauh, mari kita terjah ! Jangan lupa untuk cuba yea.

Bahan-bahan :


  • Roti (tak kisah lah brand apa pun)
  • Cheese keping (tak kisah lah brand apa pun)
  • Mentega
  • Telur

Cara-cara :
  1. Ambil dua keping roti, sapukan mentega atas roti.
  2. Buat lubang kat tengah-tengah roti.
  3. Panaskan kuali, masukkan mentega. Then, bakar roti tadi biar jadi roti bakar.
  4. Selepas tuh, pecahkan telur dan masukkan telur kat dalam lubang roti yang korang buat tadi.
  5. Setelah selesai, potong cheese keping dan susun atas roti. Yummy !
P/s : Abaikan pinggan yang buruk tuh okay (=

Tips :
  • Resepi ini boleh dinikmati time sarapan pagi.
  • Dinikmati bersama sos or mayonis.
  • Boleh tambah cheese !
  • Letak dalam microwave untuk biar cheese tuh lebih cair.
  • Kalau tak ada microwave, panaskan atas kuali leper. Kecilkan api dan biar cheese mencair.
  • Dan tambah lah apa-apa aje yang korang nak tambah, terserah pada citarasa korang :D
Amaran : Ini bukan resepi diet yea.

Thanks for reading and Good LUCK ! Resepi ini senang aje, try your best ;D
Till then
Ok, bye :D

23 Jan 2012

#Music 2

Assalamualaikum.

Hello people !
Jom ! Mari kita lihat, lagu apa yang best yang tengah aku dengar :)

1.

Katy Perry - The One That Got Away


2.

Adele - Set Fire To The Rain


3.

Jessie J - Domino

Nak download?
Klik aje link yang kat bawah setiap music video untuk download :D Semua lagu dari 4shared ! Tahu kan macam mana nak download ? Mestilah kan. Korang kan lagi hebat dari aku :)

Till then
Ok, bye.

24 Dis 2011

Mega Giveaway By Cik Bunny

Assalamualaikum.

Aku telah dijemput oleh Cik Bunny untuk menyertai giveway oleh beliau. Beliau telah menjemput aku di chatbox blog buruk aku nih. HEHE :)



Aku dijemput ! My chatbox :)

Ini ialah giveaway yang kedua aku join selepas giveaway dari Nisa Kay. Okay, mari kita lihat syarat-syarat yang perlu kita ikut bila menyertai Mega Giveaway By Cik Bunny ini dan mari kita join ramai-ramai giveaway ini, sekaligus memeriahkannya ! Laju-laju klik sini :D

Syarat-syarat :

1. Mempunyai alamat di Malaysia.
I'm currently at Penang, MALAYSIA :D

2. Buat satu entri bertajuk "Mega Giveaway By Cik Bunny", copy banner giveaway dan linkkan ke entri beliau.
Tajuk entry : Done !
Banner : Banner yang cool !

And of course I'll link this entry :D

3. Letak link sponsor dalam entry.
The awesome's sponsors :

4. Sila like dan follow sponsor
Done !

5. Tag if want.
Tag all my followers.

6. Link kan entry kat entry giveaway Cik Bunny.
Done !

Tarikh Tutup : 31 Januari 2012.
So, cepat-cepat la join ! Mari-mari ! Senarai hadiah boleh tengok kat blog Cik Bunny okay :D

Till then,
Ok bye :D

10 Dis 2011

7 Hari Mencintaiku

Assalamualaikum.


Kali ni aku nak cakap pasal novel pulak. Novel 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah. Dulu pun aku ada post pasal novel karya Siti Rosmizah jugak. Novel Cinta Kau dan Aku. Kali ni, dari penulis yang sama tapi novel yang berlainan. HEHE :D Novel ni pun dah lama keluar kan ? Kalau tak silap dah lama. Tapi aku baru aje baca. Biasa la, ketinggalan sikit -_-' Tu pun housemate yang bawak. Dia kaki novel! :D Kalau korang baca novel ni kan, mesti korang bengang gila dengan heroin dia. Sebab heroin dia kan.......... Hhaha, kalau nak tahu kena beli ! Aku rasa nak aje beli novel ni sebagai koleksi aku. Sebab cerita dia best ! Tak membosankan langsung. Seriously ! Pages novel nih 1000++. HAHA, terkejut tak ? Novel pertama yang aku baca muka surat dia seribu lebih ! Mesti korang macam terfikir, apalah yang Siti Rosmizah nih merepek dalam novel dia sampai seribu lebih muka surat kan . Hehe, beli dulu pastu baca baru tahu. Tak rugi pun, sebab cerita dia SUPERB ! :D Harga dia pulak dalam RM30++ jugak laa. Tak ingat sebab novel pun novel pinjam kan :P Okay, tanak cakap banyak. Mari kita lihat sinopsis novel ni (:




Sinopsis Novel 7 Hari Mencintaiku.

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So...apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"

Khuzairi dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang dilemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya. Demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang digenggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Till then.
Ok, bye :D





7 Dis 2011

Tips Beli Kasut.

Assalamualaikum.

Hai-hai! I'm back ! HAHA :D

Actually, aku buat post pasal entry nih sebab aku nak berkongsi tips untuk beli kasut. Yang pastinya, mestilah kasut baru kan. Kasut lama belum lagi kot. *sebenarnya tak tahu :P* Tips yang aku bagi nih pulak based on pengalaman aku time beli kasut. Serba sedikit apa yang aku tahu bila nak beli kasut. If ada yang terkurang tu, aku minta maaf awal-awal lahh yea. If ada yang aku tak tahu, tapi korang tahu . Just let's me know too ! :D


Jom ! Straight to the tips :)

BELI kasut time petang or malam. Selalu orang cakap camni kalau nak beli kasut baru. Eh, ye ? Why ? Sebab kaki mengembang time-time cam tu. Eh, tak boleh beli pagi ke ? Well, aku tak cakap pun tak boleh. Kalau nak, beli ajelah. Tapi better petang or malam laa. Korang try fikir. Kaki mengecut time pagi, then korang pergi kasut beli time pagi 'Wahh, sukanya. At last dapat kasut favourite I'. Tapi, bila korang nak pakai petang or malam dimana kaki korang mengembang, agak-agak cukup-cukup muat kah kaki korang dengan kasut time nak pakai ? Beli time kecut, pakai time kembang. Got it ? Jangan nanti jadi my worst shoes I ever had sudah :P Melainkan kalau korang adalah orang yang sangat bertuah (^_^)


TRY your shoes girls ! JANGAN beli berdasarkan apa yang korang tengok saja. Korang tengok 'Ouh, I love it'. So, korang minta saiz kasut, then korang beli terus tanpa cuba kasut baru korang tu and blah. Ok, bye-bye. Pheww. Ingat ! We all know that different brand, different size even dia cakap yang saiz kasut is same -_-' And, bila korang dapat kasut korang tu korang TRY tau :D Try kedua-dua belah kasut. Ini penting. Try dua-dua kasut, berdiri tegak and be model girls ! Catwalk terus, rasa yang korang tu model paling top kt dunia ni. Biar kalah America's Next Top Model tuhh. Hehe, gurau-gurau. Try berjalan dengan kasut korang bakal beli tu ok. DONT'S just duduk, try sebelah kaki aje just because the design gila hot and the size suits your kaki. Tak bermaksud kasut tu betul-betul selesa sepenuhnya dengan kaki korang tu. Lagipun, korang mesti berjalan punya, bukannya nak duduk saja kan. Ye tak ?

PILIH kasut yang betul-betul muat dengan kaki korang dan bukannya longgar/ketat. Kalau aku beli kasut, aku memang selalu pastikan kasut tu tak longgar or ketat dengan kaki aku. Aku nak muat-muat dengan aku. Kalau takde jugak, takdenya aku nak beli. Sebab kalau longgar, confirm-confirm tak selesa sebab sikit-sikit kaki nak terkeluar dari kasut. Kalau ketat pulak, confirm-confirm kaki sakit or melecet, and I very hate it. Kalau korang kata kasut ketat, nanti lama-lama longgar tu takdenya aku nak ikut jugak. Aku tetap tak nak :P Hehe, bukannya apa. Kalau korang beli ketat jugak memang dia akan kembang dan longgar but, sebelum kembang and longgar tu kaki korang tetap jugak sakit dan melecet dan nak ke korang kasut cantik tapi kaki ada parut sebab melecet ? Unless you want to take the risk and unless you nak pakai just for one night.



AND aku nak bagitau satu benda nih. Benda ni atas korang lahh. If korang nak beli, korang beli lah. Lagipun duit korang kan. Tapi bagi aku maybe aku fikir dua tiga empat lima kali jugak lak. Hehe, tapi kalau dah berkenan beli sudah :D Korang tengok gambar bawah nih. High heels dengan sling back dia getah. Sling back yang dibulat merah tu.


Tak kisah lah kasut apa pun, tapi yang jenis sling back dia getah. Jenis yang sling back getah nih kalau pakai lama-lama dia akan loose. Benda nih terjadi kat aku. Dua kasut aku yang jenis sling back getah loose ! Kasut fav aku pulak tuh. Maybe sebab dia getah, tu yang loose dan longgar sebab aku selalu pakai. Yelah, dah nama pun fav kan. Baru-baru ni kan kat Penang ada Cup Prix, aku pergi pakai salah satu kasut aku yang sling back getah nih laa. Asyik-asyik kaki terkeluar dari kasut. Sikit-sikit kasut terkeluar dari kaki. Ehh ? Mana-mana lah :P Haa, loose punya pasal. Rasa macam nak baling aje kasut tuh dalam laut ! Grrr.
Okla, tu aje la tips dari aku :D

Till then.
Ok, bye :)

P/s : All image credit to Google.

14 Ogo 2011

Kenny Rogers ROASTERS

Assalamualaikum.

First of all, aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua yang baca blog ini *bajet macam ada orang baca* hehe. Tapi, kalau tak ada pun aku tetap nak ucapkan jugak :) Walaupun, dah hampir dua minggu berpuasa. Orang lain pun dah beli baju raya kan, tapi aku tetap jugak jugak nak ucap! Hehe. Memandangkan busy aje selalu aku ni haa, update blog pun dah kemana hala =_=' Sorry to say.

Okay, back to our topic. What, what? KENNY ROGERS ROASTERS? Pheww! Ada tak siapa-siapa yang baik hati nak belanja aku makan benda alah ni? Aku teringin gila nak makan nih. Sebelum puasa lagi. Tak dapat-dapat jugak. Hehe, jangan fikir aku mengidam lak. Aku cubit sorang-sorang nanti. Hehe, gurau aje. Jom kita tengok apa yang best kat KRR nih. Haa! Sebelum tuh aku nak cakap awal-awal. Ini bukan review makanan KRR yea. Aku buat entry ni just suka-suka. Yang pastinya entry ni lebih kepada suka-suka. So, harap entry ni tak ada siapa yang salah faham ok :D

INI AMARAN!Entry ini tak sesuai dibaca time tengah puasa, lepas berbuka okayla. Tapi kalau nak jugak baca time berpuasa, atas risiko sendiri yea :P hoho

Jom, kita tengok apa yang best kat KRR ni.

FRESHEN UP








Kat KRR ada ice blended, minuman panas, air tin etc. Tapi kalau nak yang ringan aje boleh ambik orange dan satu lagi mango.



SWEET INDULGENCE





Yang muffin tu ada tiga perisa. Banana, Chocolate dan Vannila.



ALL TIME FAVOURITES.





Ini side dishes, ramai jugak ambik. Dua-dua nampak sedap! ;)



LITE AND EASY











Hahh! Nih semua side dishes. Boleh pilih. Ada banyak lagi nih. Tapi sikit-sikit sudah lahh. Kang ada yang tak tahan terus pergi KRR. Hehh! Tak puasa yea! Hehe :P



CHICKEN MEALS


Hahh, nih pulak set chicken meals yang boleh pilih sama ada nak Original ke, Black Pepper ke, or Smoked BBQ. Half meals or Quater meals. Side dishes (Lite and Easy) boleh pilih tiga. Muffin dan air. Pilih sendiri yea. Hehe.

Haa, apa macam ada yang terliur tak? Jangan berbuka tau kalau time berpuasa.
Thanks for reading.
Apa-apa pun, Selamat Berpuasa semua!

Gambar semua ihsan dari sini
. :)

P/s : Ape ntah aku tertekan sampai ada text underline. (?_?)