Memaparkan catatan dengan label share. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label share. Papar semua catatan

31 Mac 2012

Resepi : Roti Bakar Cheese


Assalamualaikum.


Hello orang-orang yang suka memasak sekalian !


Kali ni aku nak kongsikan satu resepi dengan korang-korang yang membaca blog buruk aku nih :D Actually, aku ambil resepi nih dari 1 majalah. Resepi tuh aku tertengok. Baca sepintas lalu, terus rasa nak buat. Sebab dia ada CHEESE ! Siapa suka cheese ? Saya ! Saya ! Aku agak gilakan cheese. Teehee ;D Memandangkan majalah tuh aku tengok dari jiran rumah sebelah, bila aku nak ambil majalah tu buat rujukan, majalah tuh pulak tak ada *hilang kot. Tajuk resepi nih pun aku pakai tibai aje HEHE (: Okay-okay, sebelum aku melalut dengan lebih jauh, mari kita terjah ! Jangan lupa untuk cuba yea.

Bahan-bahan :


  • Roti (tak kisah lah brand apa pun)
  • Cheese keping (tak kisah lah brand apa pun)
  • Mentega
  • Telur

Cara-cara :
  1. Ambil dua keping roti, sapukan mentega atas roti.
  2. Buat lubang kat tengah-tengah roti.
  3. Panaskan kuali, masukkan mentega. Then, bakar roti tadi biar jadi roti bakar.
  4. Selepas tuh, pecahkan telur dan masukkan telur kat dalam lubang roti yang korang buat tadi.
  5. Setelah selesai, potong cheese keping dan susun atas roti. Yummy !
P/s : Abaikan pinggan yang buruk tuh okay (=

Tips :
  • Resepi ini boleh dinikmati time sarapan pagi.
  • Dinikmati bersama sos or mayonis.
  • Boleh tambah cheese !
  • Letak dalam microwave untuk biar cheese tuh lebih cair.
  • Kalau tak ada microwave, panaskan atas kuali leper. Kecilkan api dan biar cheese mencair.
  • Dan tambah lah apa-apa aje yang korang nak tambah, terserah pada citarasa korang :D
Amaran : Ini bukan resepi diet yea.

Thanks for reading and Good LUCK ! Resepi ini senang aje, try your best ;D
Till then
Ok, bye :D

29 Jan 2012

Sempena Anugerah Juara Lagu

Assalamualaikum.

Hello people ! Sempena Anugerah Juara Lagu yang ke 26, tahun 2012 ini. Aku nak share something. Benda nih aku jumpa kat Facebook. Aku baca, rasa macam best aje terus share kat sini HAHA :D

SUNGAI LUI menjadi saksi pertermuan KEKANDA ADINDA yang telah menjadi gelaran tanda kasih kita seketika. Saat itu aku merasakan kaulah WANITA SELURUH DUNIA yang senantiasa menjadi GADIS SEMASA padaku. Namun kini segalanya berubah, SEDETIK LEBIH telah aku habiskan menunggumu di tempat itu. Namun kau tak kunjung tiba :( Mujulah saat itu AWAN NANO sudi menemani sedihku. Baruku tahu kau sebenarnya seorang yang PENAKUT kerana tidak mampu berterus terang tentang statusmu. Benarlah kata orang tua "KALAU BERPACARAN biarlah berpada-pada, kelak BERIBU SESALAN mula muncul dalam diri". Baru aku percaya CINTA MUKA BUKU bukanlah cinta sejati. Aku percaya KARMA dan dikau akan terima balasannya. Untuk itu biarlah aku pendam dan simpan KISAH HATI ini untuk selamanya.
Jangan lupa tengok AJL malam nih (:

Till then
Ok bye.

26 Jan 2012

Kung Fu Shoes !

Assalamualaikum.




Hello people !

Did you know anything about Kung Fu Shoes ? Tahu ? That's great ! Tak tahu ? Google lah :P Nak tahu tak rupa kasut Kung Fu ni ? Hah ! Gambar kat atas inilah rupa kasut Kung Fu ni and guess what, aku pun ada jugak kasut nih weh ! Yayy ! Clap-clap. Thank you. Thank you ! *dah macam apa aje lagi -_-' Memandangkan aku dah ada kasut ni, sila jealous cepat ! HAHA *kidding.

Aku baru dapat kasut ni, hari ni. Aku beli melalui member aku yang nun jauh di KL sana tu. Aku beli dua pasang. Sepasang aku punya, sepasang lagi adik aku punya. Dia lah yang mengidam sesangat kasut Kung Fu tuh dari dulu. By the way, kasut tuh unisex. So, laki or perempuan boleh pakai k. Material kasut tu kain kot, cotton. Time try pakai pun selesa aje. Kasut tuh semalam dia post, hari ini dah dapat :D Mesti korang pelik dan tertanya-tanya, apadahal beli jauh-jauh kat KL sedangkan aku stay Penang ? Hekhek, kat Penang kasut Kung Fu ni tak ada kot. Aku pun tak tahu betul ke tak, tapi adik aku cakap kat Penang memang tak ada but KL ada.


Kasut Kung Fu kami ! (;



The white one .


The blue one .

Which one aku punya ? Cer teka, cer teka :D




Aku punya kasut, colour putih ! Nih lah kasut Kung Fu aku, lepas nih boleh lah bajet terror Kung Fu. Pasni boleh practice Kung Fu pakai sweater/jacket. Alaa, macam dalam cerita The Karate Kid tuh (: Tapi dah serupa kasut sekolah kan? Takpe, aku kan sekolah lagi. Tahun nih nak ambil PMR *LOL :D Dah kasut colour putih nih kena jaga lah, cepat kotor tu mestilah kan. Pasni kena letak kasut kapur. Eh, kapur kasut lah ! HAHA :D Dah nama pun budak sekolah lagi kan. Tapi colour biru tuh lawa kan ? Aku pulak yang jealous *sigh :D


Till then
Ok, bye :D

8 Dis 2011

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay


Klik link atas ni untuk join ok :)


Wahh, aku sangat excited untuk join Giveaway nih tau. First time join ! Aku tak berharap sangat sebenarnya untuk menang. Yelaa, mestilah ramai yang join Giveaway nih kan. Aku just join for suka-suka aje and for sure untuk support Giveaway Nisa Kay nih :) Biasanya dalam Giveaway macam ni mesti hadiah banyak kan ? Lebih-lebih lagi, Nisa Kay nih seorang retis dan sangat famous ! Woahh :D Mesti korang kenal kan ? Kalau nak tengok senarai hadiah boleh klik kat bawah ni yea !


Hahh, macam mana ? Hebat kan ? Banyak kan ? Teruja tak ? Join tau. Jangan tak join. Mana nak tau kot-kot rezeki korang murah kan :D Takyah cakap banyak lah, join terus ! HEHE :D Mari kita lihat sponsor-sponsor untuk The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay ni yea :)

23.MyraVea
24.EZ Lovey Craft
25.HijaBook
26.Islamio Paradise
27.Daniel Adie
28.Innanie Ariffin

Ada 28 orang sponsor, dan ada 88 hadiah untuk dimenangi. Taknak join lagi ke? Join laa, mari-mari. Ramai-ramai kita meriahkan Giveaway ini (^_^) So, marilah ramai-ramai join k.
Till then.
Ok, bye :D


7 Dis 2011

Tips Beli Kasut.

Assalamualaikum.

Hai-hai! I'm back ! HAHA :D

Actually, aku buat post pasal entry nih sebab aku nak berkongsi tips untuk beli kasut. Yang pastinya, mestilah kasut baru kan. Kasut lama belum lagi kot. *sebenarnya tak tahu :P* Tips yang aku bagi nih pulak based on pengalaman aku time beli kasut. Serba sedikit apa yang aku tahu bila nak beli kasut. If ada yang terkurang tu, aku minta maaf awal-awal lahh yea. If ada yang aku tak tahu, tapi korang tahu . Just let's me know too ! :D


Jom ! Straight to the tips :)

BELI kasut time petang or malam. Selalu orang cakap camni kalau nak beli kasut baru. Eh, ye ? Why ? Sebab kaki mengembang time-time cam tu. Eh, tak boleh beli pagi ke ? Well, aku tak cakap pun tak boleh. Kalau nak, beli ajelah. Tapi better petang or malam laa. Korang try fikir. Kaki mengecut time pagi, then korang pergi kasut beli time pagi 'Wahh, sukanya. At last dapat kasut favourite I'. Tapi, bila korang nak pakai petang or malam dimana kaki korang mengembang, agak-agak cukup-cukup muat kah kaki korang dengan kasut time nak pakai ? Beli time kecut, pakai time kembang. Got it ? Jangan nanti jadi my worst shoes I ever had sudah :P Melainkan kalau korang adalah orang yang sangat bertuah (^_^)


TRY your shoes girls ! JANGAN beli berdasarkan apa yang korang tengok saja. Korang tengok 'Ouh, I love it'. So, korang minta saiz kasut, then korang beli terus tanpa cuba kasut baru korang tu and blah. Ok, bye-bye. Pheww. Ingat ! We all know that different brand, different size even dia cakap yang saiz kasut is same -_-' And, bila korang dapat kasut korang tu korang TRY tau :D Try kedua-dua belah kasut. Ini penting. Try dua-dua kasut, berdiri tegak and be model girls ! Catwalk terus, rasa yang korang tu model paling top kt dunia ni. Biar kalah America's Next Top Model tuhh. Hehe, gurau-gurau. Try berjalan dengan kasut korang bakal beli tu ok. DONT'S just duduk, try sebelah kaki aje just because the design gila hot and the size suits your kaki. Tak bermaksud kasut tu betul-betul selesa sepenuhnya dengan kaki korang tu. Lagipun, korang mesti berjalan punya, bukannya nak duduk saja kan. Ye tak ?

PILIH kasut yang betul-betul muat dengan kaki korang dan bukannya longgar/ketat. Kalau aku beli kasut, aku memang selalu pastikan kasut tu tak longgar or ketat dengan kaki aku. Aku nak muat-muat dengan aku. Kalau takde jugak, takdenya aku nak beli. Sebab kalau longgar, confirm-confirm tak selesa sebab sikit-sikit kaki nak terkeluar dari kasut. Kalau ketat pulak, confirm-confirm kaki sakit or melecet, and I very hate it. Kalau korang kata kasut ketat, nanti lama-lama longgar tu takdenya aku nak ikut jugak. Aku tetap tak nak :P Hehe, bukannya apa. Kalau korang beli ketat jugak memang dia akan kembang dan longgar but, sebelum kembang and longgar tu kaki korang tetap jugak sakit dan melecet dan nak ke korang kasut cantik tapi kaki ada parut sebab melecet ? Unless you want to take the risk and unless you nak pakai just for one night.



AND aku nak bagitau satu benda nih. Benda ni atas korang lahh. If korang nak beli, korang beli lah. Lagipun duit korang kan. Tapi bagi aku maybe aku fikir dua tiga empat lima kali jugak lak. Hehe, tapi kalau dah berkenan beli sudah :D Korang tengok gambar bawah nih. High heels dengan sling back dia getah. Sling back yang dibulat merah tu.


Tak kisah lah kasut apa pun, tapi yang jenis sling back dia getah. Jenis yang sling back getah nih kalau pakai lama-lama dia akan loose. Benda nih terjadi kat aku. Dua kasut aku yang jenis sling back getah loose ! Kasut fav aku pulak tuh. Maybe sebab dia getah, tu yang loose dan longgar sebab aku selalu pakai. Yelah, dah nama pun fav kan. Baru-baru ni kan kat Penang ada Cup Prix, aku pergi pakai salah satu kasut aku yang sling back getah nih laa. Asyik-asyik kaki terkeluar dari kasut. Sikit-sikit kasut terkeluar dari kaki. Ehh ? Mana-mana lah :P Haa, loose punya pasal. Rasa macam nak baling aje kasut tuh dalam laut ! Grrr.
Okla, tu aje la tips dari aku :D

Till then.
Ok, bye :)

P/s : All image credit to Google.

29 Ogo 2011

Syawal 2011

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri !
(^_^)

8 Jul 2011

Review - Double Intense Gel Eyeliner Silky Girl

Assalammualaikum.




Hai-hai. Hari ini bersama saya untuk cakap-cakap pasal produk dari Silky Girl :) Hehe, jom-jom. Straight to the point. Aku nak review pasal satu produk yang aku pakai. Produk ni dari Silky Girl. Aku bet ramai yang tahu pasal Silky Girl ni. Ermm, tapi kalau yang tak tahu tu ketuk kepala tiga kali pastu Google. Hehe :P Okay, kidding. Google aje kalau tak tahu. Okay? ;) Produk dari Silky Girl yang aku cakap ni ialah Double Intense Gel Eyeline. Aku tahu ramai yang dah buat review pasal benda alah nih. Tapi tak kisah lah. Nak buat jugak! :P Hihi. Haa, ni dia tulis kat laman web Silky Girl.


"A creamy gel-type eyeliner that ensures easy and precise application, even for beginners. Thanks to its Silicone Polymer Technology, the gel eyeliner glides on effortlessly to deliver intense and vivid color payoff; mistake-free. It comes in a smart packaging where the eyeliner brush is neatly attached to the casing, so you don’t have to worry about losing the brush."



"It comes in a smart packaging." Jom tengok packaging dia :)





Packaging dia macam yang kat atas ni. Yang A tu berus dia. B tu tempat casing berus dia dengan penutup untuk yang C tu. Yang C tu la adanya gel eyeliner tuh. Ada dua colour. Pure Black and Dark Brown. Aku punya Pure Black. Hitam nampak menawan! Hikhik :P Aku ingat lagi masa beli benda nih, aku tersilap ambil Dark Brown. Sanggup weh patah balik nak tukar colour hitam. Hehehe :D



Macam nak pakai? Ambil tonyoh ajelah kat mata. :P Hihi. Nak tahu macam mana? Buka aje laman web dia. Bila aku check dia punya laman web kan, ada Tip and Tricks dia tau. Dia tunjuk macam mana nak apply benda alah ni kat mata kita. Untuk buat dia lebih dramatik! Wow! :D
Jom serbu!



Dia tunjuk macam mana guna Gel Eyeliner nih dengan mascara dia sekali. Aku tak pernah pulak pakai mascara dia. So, abaikan ajelah bab mascara dia tu dan pakai la mascara favourite kita. Hehe :P Jangan lupa bila kita dah apply tu buat winged. Hehe :P Macam gambar atas sekali tu. Yang gambar first sekali tuh :) Lawa wehh! Wink wink! ;))


Kelebihan.

  • Waterproof!
  • Tak smugde kalau apply. Aku pakai 6jam pun ta comot lagi tau :)
  • Senang nak apply. Even yang baru belajar.
  • Senang cuci.
  • Ada berus khusus.
So, tak payah la campur-campur berus kan. Berus untuk eyeliner tak bercampur dengan berus yang lain. Kan senang macam tu. Lagipun, tayah susah-susah nak beli berus untuk gel eyeliner nih. Apply guna dia punya berus pun okay. Aku guna berus dia aje. Tak pernah tukar pun.

Kekurangan.

  • Bekas gel eyeliner tu kecil. Memang kecik sikit lah. Sapa pakai hari-hari memang cepat habis mungkin.


Tu aje kot -ve dia sebab dah best kan bila pakai. Harga dia yang sebetulnya aku tak sure sebab time aku beli ada offer. Tapi dalam RM20+ laa. Tapi tak sampai RM30 pun. Beli kat Watson or Guardian sebab senang. Mesti ada punya. Kalau takda, habis lah tu. Hihi. Okay, tu aje lah kot. Thanks for reading :D

Sorry kalau ada kekurangan dalam entry nih sebab ni pun first time aku buat review.

Ok, bye :)

30 Jun 2011

Transformers - Dark of The Moon

Assalamualaikum.


Poster Transformers yang GEMPAK- Google


Perhatian! Ini bukan review filem ye. Eh, eh. Sabar la dulu. Jangan la cepat sangat nak klik [X]. Relaks. Meh, baca dulu. *bajet ada orang baca :P Kalau nak diikutkan, boleh aje kalau nak review filem nih. Tapi kalau tak tengok lagi nak review apa kan? Hehe. Memang aku tak tengok lagi. Sebenarnya, tak boleh tengok lagi! Kenapa tak boleh tengok lagi? Yela, kalau seat semua penuh aku nak tengok kat celah mana weh? Kesian tak kat aku? Tsk tsk T_T Ingat nak tengok la bila dah keluar. Tapi, tak boleh. Sebab seat full! Sadis gila. Full gila la. Semalam, hari rabu ingat nak tengok r kan. Pastu pergi-pergi, seat full dari petang sampai malam. Yang ada kosong pun, midnight. But, FRONT SEAT! Woii, gila apa? Punya penuh tak hengat! Kaya la Michael Bay. Pheww! :) So, tak boleh la nak buat review kan. HAHA *berangan. Aku pun tak tau nak tunggu bila lagi nak pergi tengok sebab aku dah nak habis cuti dah ni. Nak tempah tiket pun tempat full weh. Memang !@#$% lahh! Haha. Apa aku merepek tu? Haha. Okay-okay. Meh tengok nih.


Yang colour merah tu, tandanya SOLD OUT. Tu pukul 3.30 petang, 6.30 petang dan 9.30 malam. Ni showtimes untuk Transformers 3 3D punya. Aku rasa, cerita macam ni lebih baik tengok 3D sebab berbaloi-baloi. Yelah, bayar mahal nak gak la cerita best dan berbaloi dengan apa yang kita bayar. Yang kaya nya si Michael Bay tu jugak. Yang kaya pun tokey GSC jugak. Tokey apa lagi? Dah-dah, merepek lak. Tapi minta-minta berbaloi la. Amin! :))


Yang ni pun SOLD OUT. Pukul 3.30 petang punya. Memandangkan SOLD OUT, so tak boleh la tengok seat dia. Dah tak guna nak tengok kot :( Aku pun tak sure kenapa gambar ni ada, tapi hentam sajalah. Hihi :P Haa, tengok ni pulak.


Seat pukul 12.30 tengah malam. Ni midnight punya time lah. Front seat aje tinggal. Kotak biru tu kosong lagi. Gambar semua ni hari ini punya show. Hari khamis. Hari kedua cerita ni keluar. Aku check hari ketiga, Jumaat pun full jugak. Kalau ada pun, front seat. Tu pun sama gak midnight. Hebak tak cerita ni? Hebat la kot. Kalau tak, takda nya orang semua pulun dok pi tengok sampai seat pun takda, front seat aje yang tinggal. Tu pun midnight. So, bila agaknya aku boleh tengok? Maybe aku download aje tengok free kot baru boleh tengok. Tapi, tak nak la macam tu. Aku nak tengok kat panggung. 3D bhai! Dah tu durasi dia lak 2 jam 32 minit. Lama tuh. Haha :D Memang aku nak tengok jugak-jugak. Dah la tak pernah miss. Satu dan dua dah tengok. Aku nak jugak la tengok nombor tiga punya. Aku sure, mesti ramai yang tak pernah miss cerita ni dan confirm-confirm tak kan miss yang tiga punya. Ada siapa-siapa nak join tak? Jom ikut aku. Aku belanja. Hehe :P

Ok, bye :)

P/S : Sorry la kalau kualiti gambar kurang elok.

25 Jun 2011

NextCubes

Assalamualaikum .

Pernah dengar pasal NextCubes tak ? Pernah ? Yes ! Bagus ! Aku baru aje dengar dan tahu pasal ni . Apa itu NextCubes ? NextCubes ni macam social networking la kan ? Macam Facebook , Myspace dan lain-lain . Macam mana aku tahu pasal ni ? Aku tahu bila ada orang hantar email kat aku suruh daftar . Katanya Facebook Buatan Malaysia . Betul ke ?


Email yang aku dapat .


Salam Sejahtera,

Jom, register Sosial Network yang baru. Kalau orang
boleh terima Facebook, kenapa orang tidak boleh menerima
Nextcubes ini. Belum cuba belum tau.


Entah la , aku takda komen la pasal ni . Tapi yang pastinya aku daftar aje . Kenapa aku daftar ? Saja suka-suka . Hehe :P Kalau korang nak , daftar aje lah . Nak tambah social network yang baru kan , dipersilakan . Support la Malaysia ! Hehe =)


Klik link kat atas ni untuk pergi ke NextCubes . By the way , aku nak tunjuk benda ni . Jaga-jaga untuk kaum perempuan .

The most dangerous types of high heels

Satu lagi , TAHNIAH kepada kumpulan SEPAH kerana telah berjaya jadi Johan dalam Maharaja Lawak .
Sepah

Ok , bye :)

P/S : Sorry kalau kualiti gambar tak elok .

21 Jun 2011

Penjagaan Diri - untuk perempuan

Assalamualaikum.

Hai-hai ! Hari ni bersama saya ELA untuk berceloteh tentang penjagaan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Erk ? Hehe , tak ada lahh . Just main-main aje . Okay , tengok title please :) Thank you . Penjagaan diri ? Apa itu penjagaan diri ? Mesti semua orang tahu kan . Yelah , tak kan la tak tahu kot . Eh , jap . What ? Tak tahu ? Meh nak sekeh ! HAHA . Okay-okay , gurau aje . Apa ada dengan penjagaan diri ni ? Penjagaan diri ini adalah macam mana nak jaga diri untuk lebih sihat , cantik dan berkeyakinan dari segi kecantikan . Err , sebenarnya dari buah fikiran aku sendiri lah. Maknanya cara jaga diri dari segi kecantikan , kesihatan dan lain-lain mengikut cara aku . Eh , aku tak cakap belit kan ?


Image : Google


Kecantikan tak semestinya bila kita make up aje , kita cantik . Menang lah cantik bila make up . Tapi sebelum kita make up pun , kita mestilah nak nampak cantik kan ? Maksud aku , sebelum korang apply foundation tak semestinya korang nak apply terus foundation kan ? Mesti nak kena cuci muka dulu kan sebelum ber-make up . Tak kan la muka sememeh macam orang baru bangun tidur terus nak make up kan ? Kita mesti nak muka kita fresh sebelum make up . Betul tak ? Okay , back to our topic . Kalau ikut aku lah, aku tak kan keluar rumah tanpa penjagaan diri . Bila nak keluar jalan-jalan la . Takat keluar depan rumah nak sidai baju aku tak kisah pun . Hihi :P Okay la . Sebelum aku merapu sampai lari tajuk , lebih baik aku terus ke point dia terus kan .

Image : Google


Bagi aku lah , penjagaan diri ni start bila kita lepas mandi . Kenapa lepas mandi ? Sebab lepas mandi lah kulit kita FRESH . Time tu jugak pori-pori kat muka kita terbuka kan. Time tu lahh kita start mulakan penjagaan diri . Memandangkan ini cara penjagaan diri aku , so aku nak share lah apa yang aku buat kat diri aku lepas mandi . Kalau korang rasa nak ikut , dipersilakan . Kalau tak nak pun takpa. Tapi , kalau ada salah silap aku minta maaf awal-awal dan kalau ada cara aku yang silap dan korang nak betulkan , lagi sekali dipersilakan :)

Sebelum korang gunakan apa-apa produk untuk diri korang , make sure badan korang bebas dari air. Lap kering-kering badan korang !

Okay , let's start.
  • Kepala / Rambut
Kalau aku basahkan rambut , maknanya rambut aku bersyampoo dan aku lembutkan dengan conditioner . Lepas mandi , aku keringkan rambut dengan semulajadi which mean aku tak guna pengering rambut . Lagipun rumah aku takda lak pengering rambut . Tak pernah beli pun . So , aku just lapkan lebihan air dengan tuala , dan biarkan aje rambut aku kering sendiri . Kalau korang nak keringkan rambut pakai pengering rambut pun , tak kisah lah . Terpulang .

  • Muka
Kalau muka lak , time mandi macam biasalah . Cuci muka dengan pencuci muka . Jangan bedal dengan pencuci baju lak . Hehe :P Lepas mandi lak aku tak pakai apa-apa pun . Aku cuma letak tipis-tipis pelembap bila mana aku rasa kulit muka aku kering . Kalau tak kering tak pakai lah . Okay , sebenarnya cara aku ni tak betul tau . Aku buat macam tu sebab aku tak pakai apa-apa produk muka sebab muka aku berjerawat . So , aku memang tak pakai apa-apa . Tapi , cara yang betul sebenarnya lepas muka kita dicuci dengan sabun , kita kena lah pakai toner , lepas tu lak pelembap . Tu kalau duk rumah lah . Kalau nak keluar lak pakai la sunblock , foundation , eye shadow , mascara dan lain-lain lah *kalau rasa nak ber-make up. Tapi make sure pakai sunblock sebab bila kita keluar muka kita mestilah dilindungi oleh cahaya matahari . Nak ke muka gelap ? Kalau pakai tudung lak , muka berbelang . Nak ke ? Hehe. Apa jua yang korang pakai , korang urutlah naik ke atas ye . Bukan ke bawah tau , muka kedut nanti :) Sebelum sentuh muka , make sure tangan bersih !

  • Hidung / Telinga
Kalau hidung tu ada taik , korek aje lah . Ikut lah nak guna jari mana pun . Tapi jari sendiri lah weh . Jangan guna cari orang lain lak :P Lepas tu jangan lupa cuci tangan tau ! Jangan jadi pengotor . Telinga lak , guna cotton bud untuk cuci .

  • Leher
Leher lak ek ? Apa aje yang korang guna untuk leher ? Aku pakai losyen aje . Tapi, apa yang aku buat lah bila cuci muka , cuci leher sekali .

  • Ketiak
Pakai deodorant yea . Supaya tak berbau .

  • Tangan / Kaki
Pakai losyen . Guna lah losyen kegemaran korang dan sapu pada seluruh tangan dan kaki .

  • Badan
Pakai losyen , pastu bedak bayi . Biar tahan lama sikit . Pastu pakai baju , seluar etc .


Okay , memandangkan ini cara aku memang la simple kan . Simple dan tak perfect! Cara korang mungkin lagi perfect . Tapi , bagi aku biar simple . Janji aku ada masa nak bermanja dengan diri aku sendiri . Bila aku buat semua tu kan , aku rasa fresh sangat ! Lagipun , aku kan selalu busy . Jarang ada masa terluang . And now, aku lagi yakin nak keluar rumah sebab dah yakin dengan diri sendiri .Kita kena yakin dengan diri sendiri ! Aku memang lebihkan losyen . Sebab kebaikan losyen kan untuk melembapkan dan mencantikkan kulit . Nak-nak lagi losyen yang mencerahkan . Tapi , aku pakai satu losyen aje . Tak campur-campur . Campur pun takpa kot . Kan kebaikan dia sama aje. Apa-apa pun terima kasih sebab baca sampai habis .

I'm may NOT perfect ,
but I'm always ME !

Ok, bye :)

24 Nov 2010

Info - Terapi Mengurut

hai hai semua !

mari-mari , aku nak berkongsi sesuatu dengan korang semua . sape tatau ape uh terapi mengurut , google aje lahh ehh . hhehe , meh nak gtau yea :)

terapi mengurut adalah satu cara untuk membuat tubuh terasa lebih segar dan SIHAT ! sihat tu penting aw . mengurut bukan hanya berguna untuk menlancarkan aliran darah , malah boleh gak menghasilkan hormon endorfin yang boleh buat jiwa dan perasaan menjadi lebih tenang . menurut sumber , mengurut di wajah berfungsi untuk merehatkan otot dan melancarkan pembuluh darah di bawah kulit , serta membantu mencegah munculnya garis halus . kalau nak tahu fungsi mengurut tempat laen , baru google yea :) okeyhh . mehh tengok cara urutan kat muka .


1. sebelum korang mula proses mengurut nihh , make sure korang cuci kedua-dua belah tangan korang sebersih-bersihnye yea . then , bersihkan wajah korang lak dengan pencuci muka . pencuci muka ape yang korang pakai lahh taw . jangan pegi amekk pencuci baju lakk . kalau korang pakai safi , safi lahh . kalau korang pakai fair n lovely , go on aje lahh . ta kira lah pencuci ape pun yea. tapi make sure pencuci muka . jangan hampa pi tibai pencuci pinggan lakk :D

2. okay , next . buat gerakan mengurut dengan kedua belah tapak kaki tangan, menekan secara LEMBUT . lembut-lembut yea :) start dari leher hampa yang jinjang uhh , perlahan pindahkan kedua tangan dengan slow-slow sambil mengurut ke arah pipi , sampai lahh ke bahagian dahi .

3 . pas uh , teruskan dengan gerakan lancar . gunakan bahagian belakang jari tangan dan gerakan berganti-ganti dengan arah melingkar di sekitar pipi , leher , dan bawah dagu . bukan melingkar cm ular lakk eh.

4. nak lancarkan aliran darah lak , letak salah satu ibu jari dan jari telunjuk di kedua kening hampa . tekan lahh slow-slow sambil digerakkan dari hujung kening sampai lahh tulang hidung . *hidung boleh mancung kot kalau buat* :D

5. mane ade dahh . tu aje lahh , simple kan ? hhehe . try laa , bila uat rase relaxx aje . ta amek masa lama pun , 5 minit aje :)


3 Jun 2010

Lagenda Budak Setan


ehem , ehem . hari ini kan 3 JUN 2010 tau *macam la orang lain tak tahu kan :P hari ini kan , LAGENDA BUDAK SETAN tau . eh , bukan-bukan . LAGENDA BUDAK SETAN dah keluar . awww ! suka-suka , tak sabar nak tunggu minggu depan . nak keluar nak tengok gambar ni la , insyaALLAH (: ada budak tu kan , dah pesan suruh bawak tisu . hhaha , yelaa erk . saya ingat pesan awk tu yea cik Mysara :) ada siapa nak ikut tak ?? nak tak ? kalau nak , silalah pergi ke pawagam yang berdekatan dengan rumah kediaman korang yea . kalau nak ikut aku , kena belanja . boleh ? hhaha kalau nak cara paling senang , guna cara online aje . aku nak kasi tahu senarai pawagam yang ticket online la yea :)

senarai pawagam ( ticket online )

GSC Cinema

BIG Cinema

TVG Cinema

Cathay

Mega

ada jugak lain . tapi tak tau la kan , tak pasti sangat . aku pergi Gsc aje , dekat sikit :)

teringin kot :)

salam , selamat petang semua :)

aku nak kasi tahu , aku dah join NUFFNANG *ngee , jakun jap . act , aku memang tahu pasal Nuffnang ni . aku tahu pasal side income dia , tapi aku tak ambil port pun . sebab aku berblog pun , bukan untuk duit . just untuk share info yang aku dapat atau lebih kepada cerita pasal aku aje . entah macam mana aku terfikir untuk buat Nuffnang ni . oleh itu , aku telah tanya cik Mysara kita yang comel ni lebih lanjut tentang Nuffnang . dia pun kasi tahu kat aku , then aku pasang niat nak buat . aku masih lagi merangkak pasal Nuffnang ni , siapa yang otai pasal Nuffnang ni , tolong aku erk . nanti aku kasi hadiah hhehe :P

okey , next .

aku nak share something . siapa yang kat sini dah bersedia nak tahu macam mana rupa korang 20 tahun akan datang ?? hhehe :P aku dah try tau benda ni , mula-mula try tu , macam ape aje lagi . jahat tau dia , mentang-mentang lah aku tak cantik , dia cancel picture aku . dah tu , aku try pulak picture lain . dapat , dapat dah . tapi tak berapa betul . kening penyek laa , setengah jadi , setengah tak jadi . ape la , haishh ! geram aku , dah la aku excited nak tengok muka aku 20 tahun akan datang . dia pulak cari pasal . oleh itu , aku tak boleh la tunjuk bukti yang aku try . sorryyyy :( aku buat la muka kakak aku , kahkahkah . aku gelak aje tengok , berbeza betul . picture kakak aku tak boleh tunjuk la yea , private ! :P aku tahu mesti ada dah yang try benda ni . yea laa , aku tahu aku telah ketinggalan bas kan . tapi tak kisah la , nak share jugak :)) pergi kat website ini yea , THANK YOU :)

http://in20years.com/



p/s : pasal nuffnang tu , siapa yang baik hati . tolong aku yea :))