Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan

30 Jun 2011

Transformers - Dark of The Moon

Assalamualaikum.


Poster Transformers yang GEMPAK- Google


Perhatian! Ini bukan review filem ye. Eh, eh. Sabar la dulu. Jangan la cepat sangat nak klik [X]. Relaks. Meh, baca dulu. *bajet ada orang baca :P Kalau nak diikutkan, boleh aje kalau nak review filem nih. Tapi kalau tak tengok lagi nak review apa kan? Hehe. Memang aku tak tengok lagi. Sebenarnya, tak boleh tengok lagi! Kenapa tak boleh tengok lagi? Yela, kalau seat semua penuh aku nak tengok kat celah mana weh? Kesian tak kat aku? Tsk tsk T_T Ingat nak tengok la bila dah keluar. Tapi, tak boleh. Sebab seat full! Sadis gila. Full gila la. Semalam, hari rabu ingat nak tengok r kan. Pastu pergi-pergi, seat full dari petang sampai malam. Yang ada kosong pun, midnight. But, FRONT SEAT! Woii, gila apa? Punya penuh tak hengat! Kaya la Michael Bay. Pheww! :) So, tak boleh la nak buat review kan. HAHA *berangan. Aku pun tak tau nak tunggu bila lagi nak pergi tengok sebab aku dah nak habis cuti dah ni. Nak tempah tiket pun tempat full weh. Memang !@#$% lahh! Haha. Apa aku merepek tu? Haha. Okay-okay. Meh tengok nih.


Yang colour merah tu, tandanya SOLD OUT. Tu pukul 3.30 petang, 6.30 petang dan 9.30 malam. Ni showtimes untuk Transformers 3 3D punya. Aku rasa, cerita macam ni lebih baik tengok 3D sebab berbaloi-baloi. Yelah, bayar mahal nak gak la cerita best dan berbaloi dengan apa yang kita bayar. Yang kaya nya si Michael Bay tu jugak. Yang kaya pun tokey GSC jugak. Tokey apa lagi? Dah-dah, merepek lak. Tapi minta-minta berbaloi la. Amin! :))


Yang ni pun SOLD OUT. Pukul 3.30 petang punya. Memandangkan SOLD OUT, so tak boleh la tengok seat dia. Dah tak guna nak tengok kot :( Aku pun tak sure kenapa gambar ni ada, tapi hentam sajalah. Hihi :P Haa, tengok ni pulak.


Seat pukul 12.30 tengah malam. Ni midnight punya time lah. Front seat aje tinggal. Kotak biru tu kosong lagi. Gambar semua ni hari ini punya show. Hari khamis. Hari kedua cerita ni keluar. Aku check hari ketiga, Jumaat pun full jugak. Kalau ada pun, front seat. Tu pun sama gak midnight. Hebak tak cerita ni? Hebat la kot. Kalau tak, takda nya orang semua pulun dok pi tengok sampai seat pun takda, front seat aje yang tinggal. Tu pun midnight. So, bila agaknya aku boleh tengok? Maybe aku download aje tengok free kot baru boleh tengok. Tapi, tak nak la macam tu. Aku nak tengok kat panggung. 3D bhai! Dah tu durasi dia lak 2 jam 32 minit. Lama tuh. Haha :D Memang aku nak tengok jugak-jugak. Dah la tak pernah miss. Satu dan dua dah tengok. Aku nak jugak la tengok nombor tiga punya. Aku sure, mesti ramai yang tak pernah miss cerita ni dan confirm-confirm tak kan miss yang tiga punya. Ada siapa-siapa nak join tak? Jom ikut aku. Aku belanja. Hehe :P

Ok, bye :)

P/S : Sorry la kalau kualiti gambar kurang elok.

25 Jun 2011

NextCubes

Assalamualaikum .

Pernah dengar pasal NextCubes tak ? Pernah ? Yes ! Bagus ! Aku baru aje dengar dan tahu pasal ni . Apa itu NextCubes ? NextCubes ni macam social networking la kan ? Macam Facebook , Myspace dan lain-lain . Macam mana aku tahu pasal ni ? Aku tahu bila ada orang hantar email kat aku suruh daftar . Katanya Facebook Buatan Malaysia . Betul ke ?


Email yang aku dapat .


Salam Sejahtera,

Jom, register Sosial Network yang baru. Kalau orang
boleh terima Facebook, kenapa orang tidak boleh menerima
Nextcubes ini. Belum cuba belum tau.


Entah la , aku takda komen la pasal ni . Tapi yang pastinya aku daftar aje . Kenapa aku daftar ? Saja suka-suka . Hehe :P Kalau korang nak , daftar aje lah . Nak tambah social network yang baru kan , dipersilakan . Support la Malaysia ! Hehe =)


Klik link kat atas ni untuk pergi ke NextCubes . By the way , aku nak tunjuk benda ni . Jaga-jaga untuk kaum perempuan .

The most dangerous types of high heels

Satu lagi , TAHNIAH kepada kumpulan SEPAH kerana telah berjaya jadi Johan dalam Maharaja Lawak .
Sepah

Ok , bye :)

P/S : Sorry kalau kualiti gambar tak elok .

15 Jun 2010

Filianti Vlee - Bila Cinta (OST Lagenda Budak Setan)

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
P/S : aku suka lagu ni , best :) sorry entry pendek , takda mood :P

11 Jun 2010

okay,fine

9 JUNE 2010

korang percaya tak gigi aku macam vampire ? hhoho :D
okay , aku terus terang aje lah . aku GAGAL test computer . hhaha , agak siot ! agak kekecewaan :( but , i'll try my best for the next test . okay tutup cerita , malas nak fikir . nanti aku kesedihan . cewahhh , ayat tuh . :))
kecewa tak lama la kot . pagi pergi test , petang tu aku keluar . aku ada kasi tahu kot hari tu , yang aku nak hang out tengok cerita Lagenda Budak Setan . okey , DONE . dah tengok cerita tu . best lah kan , sebab dapat hang out plus tengok wayang . terus hilang kecewa tu , terbang melayang ke mana entah tak nak pulang² buat sementara waktu . entah bila pulak dia nak mai cari aku balik *sigh . aku tengok agak lambat yea ? kinda busy lah , babe . banyak benda yang nak di-settlekan . cerita ni , OKAY lah , best . tapi Khalied kata tak best . *dia bukan mamat jiwang kot :P cerita ni macam sedih² kan . lebih² lagi diadaptasikan dari novel . lelaki memang tak berapa minat novel kot erk ? cerita dia makk aiii , laju siot ! tak dan nak feeling lebih² kahkah :D part yang spoil time Lisa Surihani bertukar muka , cewahh plastic surgery lagi :P . dalam novel dia memang macam ni ker ? sorry lah , aku tak pernah pun baca novel ni . tu yang tak berapa sempoi dimata aku . watak Kasyah a.ka Budak Setan hilang taring bila munculnya Ayu . kenapa lah dia tak teruskan aje watak setannye tu erk ? Azmi ? power gila ! watak dia memang hidup gituuu . aku benci betul kalau ada jantan yang macam Azmi tu ! aku sedih jugak walaupun sedikit . but , aku tak menangis tau ! yeahh ! aku kuat . ape² pun lagu dia best !
hari tu aku kata nak kasi tau social networking aku kan ? Insya ALLAH , aku akan update dalam masa terdekat ni . tu pun kalau komputer aku tak jadi kerek , dan aku ada masa . sebab esok aku nak pergi buat latihan test komputer .
P/s : jom pergi tidur .

3 Jun 2010

Lagenda Budak Setan


ehem , ehem . hari ini kan 3 JUN 2010 tau *macam la orang lain tak tahu kan :P hari ini kan , LAGENDA BUDAK SETAN tau . eh , bukan-bukan . LAGENDA BUDAK SETAN dah keluar . awww ! suka-suka , tak sabar nak tunggu minggu depan . nak keluar nak tengok gambar ni la , insyaALLAH (: ada budak tu kan , dah pesan suruh bawak tisu . hhaha , yelaa erk . saya ingat pesan awk tu yea cik Mysara :) ada siapa nak ikut tak ?? nak tak ? kalau nak , silalah pergi ke pawagam yang berdekatan dengan rumah kediaman korang yea . kalau nak ikut aku , kena belanja . boleh ? hhaha kalau nak cara paling senang , guna cara online aje . aku nak kasi tahu senarai pawagam yang ticket online la yea :)

senarai pawagam ( ticket online )

GSC Cinema

BIG Cinema

TVG Cinema

Cathay

Mega

ada jugak lain . tapi tak tau la kan , tak pasti sangat . aku pergi Gsc aje , dekat sikit :)