Memaparkan catatan dengan label like it. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label like it. Papar semua catatan

18 Feb 2012

Pupel Liyana Mega Giveaway


Assalamualaikum.

Hello people !

Aku join GA lagi. Clap-clap :D Tak da keja kot aku join GA selalu kan ? HAHA. Actually, aku dijemput. Kalau dah dijemput, join ajelah kan. Boleh lah memeriahkan lagi Cik Pupel punya GA ini (: So, mari kita join ramai-ramai ! Jom tengok syarat-syarat yang perlu diikut untuk join GA ini.

Syarat-syarat.

1. Buat entri di blog anda mengenai Mega Giveaway ini dengan tajuk "Pupel Liyana Mega Giveaway", make sure ada bannner dan link entri.
  • Blog pemilik GA ini colour purple ! Like it. Ada doodles comel lagi :D
  • Tajuk entry & banner yang awesome = DONE. Saya akan linkkan entry ini bila dah siap. Hehe :D

  • Done.

3. Wajib LIKE, FOLLOW dan letakkan senarai penaja berikut dalam entry.
Senarai penaja :
4. Tag kawan untuk join.
  • Tag semua followers aku :D
5. Letak url dekat ruang comment entry Pupel Liyana Mega Giveaway saja.
6.Letak banner kat sidebar blog kalau rajin. (Tiada paksaan)

Tu ajelah syarat-syaratnya. Jom kita join ramai-ramai. Ada lebih 50 hadiah
untuk dimenangi. Ingat senang ke orang nak kasi hadiah free? Hehe :D

Till then
Ok, bye

29 Jan 2012

Sempena Anugerah Juara Lagu

Assalamualaikum.

Hello people ! Sempena Anugerah Juara Lagu yang ke 26, tahun 2012 ini. Aku nak share something. Benda nih aku jumpa kat Facebook. Aku baca, rasa macam best aje terus share kat sini HAHA :D

SUNGAI LUI menjadi saksi pertermuan KEKANDA ADINDA yang telah menjadi gelaran tanda kasih kita seketika. Saat itu aku merasakan kaulah WANITA SELURUH DUNIA yang senantiasa menjadi GADIS SEMASA padaku. Namun kini segalanya berubah, SEDETIK LEBIH telah aku habiskan menunggumu di tempat itu. Namun kau tak kunjung tiba :( Mujulah saat itu AWAN NANO sudi menemani sedihku. Baruku tahu kau sebenarnya seorang yang PENAKUT kerana tidak mampu berterus terang tentang statusmu. Benarlah kata orang tua "KALAU BERPACARAN biarlah berpada-pada, kelak BERIBU SESALAN mula muncul dalam diri". Baru aku percaya CINTA MUKA BUKU bukanlah cinta sejati. Aku percaya KARMA dan dikau akan terima balasannya. Untuk itu biarlah aku pendam dan simpan KISAH HATI ini untuk selamanya.
Jangan lupa tengok AJL malam nih (:

Till then
Ok bye.

26 Jan 2012

Kung Fu Shoes !

Assalamualaikum.




Hello people !

Did you know anything about Kung Fu Shoes ? Tahu ? That's great ! Tak tahu ? Google lah :P Nak tahu tak rupa kasut Kung Fu ni ? Hah ! Gambar kat atas inilah rupa kasut Kung Fu ni and guess what, aku pun ada jugak kasut nih weh ! Yayy ! Clap-clap. Thank you. Thank you ! *dah macam apa aje lagi -_-' Memandangkan aku dah ada kasut ni, sila jealous cepat ! HAHA *kidding.

Aku baru dapat kasut ni, hari ni. Aku beli melalui member aku yang nun jauh di KL sana tu. Aku beli dua pasang. Sepasang aku punya, sepasang lagi adik aku punya. Dia lah yang mengidam sesangat kasut Kung Fu tuh dari dulu. By the way, kasut tuh unisex. So, laki or perempuan boleh pakai k. Material kasut tu kain kot, cotton. Time try pakai pun selesa aje. Kasut tuh semalam dia post, hari ini dah dapat :D Mesti korang pelik dan tertanya-tanya, apadahal beli jauh-jauh kat KL sedangkan aku stay Penang ? Hekhek, kat Penang kasut Kung Fu ni tak ada kot. Aku pun tak tahu betul ke tak, tapi adik aku cakap kat Penang memang tak ada but KL ada.


Kasut Kung Fu kami ! (;



The white one .


The blue one .

Which one aku punya ? Cer teka, cer teka :D




Aku punya kasut, colour putih ! Nih lah kasut Kung Fu aku, lepas nih boleh lah bajet terror Kung Fu. Pasni boleh practice Kung Fu pakai sweater/jacket. Alaa, macam dalam cerita The Karate Kid tuh (: Tapi dah serupa kasut sekolah kan? Takpe, aku kan sekolah lagi. Tahun nih nak ambil PMR *LOL :D Dah kasut colour putih nih kena jaga lah, cepat kotor tu mestilah kan. Pasni kena letak kasut kapur. Eh, kapur kasut lah ! HAHA :D Dah nama pun budak sekolah lagi kan. Tapi colour biru tuh lawa kan ? Aku pulak yang jealous *sigh :D


Till then
Ok, bye :D

23 Jan 2012

Got a something new ? :D

Assalamualaikum.



Hello people !

Lama yea dak aku tak update blog? Actually, bukan tak update blog. PRIVATE blog terus. HAHA :D Okay-okay. Sekarang aku tak private dah kan :D Kenapa ek aku private kan blog aku? Sebab.. Jeng jeng jeng ! Aku renovate blog aku nihh. HAHA. Renovate bagai kan :P

Sempena tahun baru nih, *padahal dah Raya Cina kan* aku ambil keputusan nak tukar keseluruhan wajah blog kesayangan aku nih (; Dan seperti yang korang tengok, lain bukan blog aku dulu dengan kini ? Wehee ~


Header dulu.


Header sekarang.

First time buat header transparent. Alhamdullilah, jadi jugak akhirnya :)

Full view blog aku, dulu.



Full view sekarang.


Background pun dah tukar, dari colour purple ke colour coklat. Why coklat? Because I love chocolates so much ! HAHA :D Sebab http://little-chocolate.blogspot.com/ kott :D *BOLD.

Shoutbox aku pun dah tukar kepada Fibox woii ! Purple lagi ! Tukar lah korang cepat-cepat. Hehe :D Just yang tak tukar yang gambar chatbox tu aje sebab berapa kali try masuk pun tak boleh jugak. Tak jadi jugak, so ambil ajelah yang lama punya. Hekhek :P Hahh, yang Dakwah Syariah tu entah la macam mana dia boleh ikut sekali masuk dalam chat, sebab time tuh aku private blog lagi -_-'

Chatbox !


Ada juga tau benda yang tak jadi. Macam footer, berapa kali letak tak keluar-keluar jugak. Last-last, aku biar aje. Susun atur sidebar pun macam dulu gak. Colour untuk text aku tibai colour putih. Twitter aku pun bertukar colour. Header colour RAINBOW ! HAHA. Hello kitty comel disitu lagi yea. Gambar pun dah tukar. Pendek kata, ada yang tukar, ada yang stay macam dulu. Semua ni aku buat simple aje. Janji mata aku tengok sejuk aje. Hehe :D Any comment ? Okay tak?

Dengan ini, dengan rasminya blog aku bertukar wajah dan dibuka balik. Ceh cehh :P

By the way,

Happy Chinese New Year
& Gong Xi Fa Cai !



Till then
Ok, bye :D

24 Dis 2011

Mega Giveaway By Cik Bunny

Assalamualaikum.

Aku telah dijemput oleh Cik Bunny untuk menyertai giveway oleh beliau. Beliau telah menjemput aku di chatbox blog buruk aku nih. HEHE :)



Aku dijemput ! My chatbox :)

Ini ialah giveaway yang kedua aku join selepas giveaway dari Nisa Kay. Okay, mari kita lihat syarat-syarat yang perlu kita ikut bila menyertai Mega Giveaway By Cik Bunny ini dan mari kita join ramai-ramai giveaway ini, sekaligus memeriahkannya ! Laju-laju klik sini :D

Syarat-syarat :

1. Mempunyai alamat di Malaysia.
I'm currently at Penang, MALAYSIA :D

2. Buat satu entri bertajuk "Mega Giveaway By Cik Bunny", copy banner giveaway dan linkkan ke entri beliau.
Tajuk entry : Done !
Banner : Banner yang cool !

And of course I'll link this entry :D

3. Letak link sponsor dalam entry.
The awesome's sponsors :

4. Sila like dan follow sponsor
Done !

5. Tag if want.
Tag all my followers.

6. Link kan entry kat entry giveaway Cik Bunny.
Done !

Tarikh Tutup : 31 Januari 2012.
So, cepat-cepat la join ! Mari-mari ! Senarai hadiah boleh tengok kat blog Cik Bunny okay :D

Till then,
Ok bye :D

10 Dis 2011

7 Hari Mencintaiku

Assalamualaikum.


Kali ni aku nak cakap pasal novel pulak. Novel 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah. Dulu pun aku ada post pasal novel karya Siti Rosmizah jugak. Novel Cinta Kau dan Aku. Kali ni, dari penulis yang sama tapi novel yang berlainan. HEHE :D Novel ni pun dah lama keluar kan ? Kalau tak silap dah lama. Tapi aku baru aje baca. Biasa la, ketinggalan sikit -_-' Tu pun housemate yang bawak. Dia kaki novel! :D Kalau korang baca novel ni kan, mesti korang bengang gila dengan heroin dia. Sebab heroin dia kan.......... Hhaha, kalau nak tahu kena beli ! Aku rasa nak aje beli novel ni sebagai koleksi aku. Sebab cerita dia best ! Tak membosankan langsung. Seriously ! Pages novel nih 1000++. HAHA, terkejut tak ? Novel pertama yang aku baca muka surat dia seribu lebih ! Mesti korang macam terfikir, apalah yang Siti Rosmizah nih merepek dalam novel dia sampai seribu lebih muka surat kan . Hehe, beli dulu pastu baca baru tahu. Tak rugi pun, sebab cerita dia SUPERB ! :D Harga dia pulak dalam RM30++ jugak laa. Tak ingat sebab novel pun novel pinjam kan :P Okay, tanak cakap banyak. Mari kita lihat sinopsis novel ni (:




Sinopsis Novel 7 Hari Mencintaiku.

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So...apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"

Khuzairi dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang dilemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya. Demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang digenggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Till then.
Ok, bye :D





8 Dis 2011

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay


Klik link atas ni untuk join ok :)


Wahh, aku sangat excited untuk join Giveaway nih tau. First time join ! Aku tak berharap sangat sebenarnya untuk menang. Yelaa, mestilah ramai yang join Giveaway nih kan. Aku just join for suka-suka aje and for sure untuk support Giveaway Nisa Kay nih :) Biasanya dalam Giveaway macam ni mesti hadiah banyak kan ? Lebih-lebih lagi, Nisa Kay nih seorang retis dan sangat famous ! Woahh :D Mesti korang kenal kan ? Kalau nak tengok senarai hadiah boleh klik kat bawah ni yea !


Hahh, macam mana ? Hebat kan ? Banyak kan ? Teruja tak ? Join tau. Jangan tak join. Mana nak tau kot-kot rezeki korang murah kan :D Takyah cakap banyak lah, join terus ! HEHE :D Mari kita lihat sponsor-sponsor untuk The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay ni yea :)

23.MyraVea
24.EZ Lovey Craft
25.HijaBook
26.Islamio Paradise
27.Daniel Adie
28.Innanie Ariffin

Ada 28 orang sponsor, dan ada 88 hadiah untuk dimenangi. Taknak join lagi ke? Join laa, mari-mari. Ramai-ramai kita meriahkan Giveaway ini (^_^) So, marilah ramai-ramai join k.
Till then.
Ok, bye :D


7 Dis 2011

Tips Beli Kasut.

Assalamualaikum.

Hai-hai! I'm back ! HAHA :D

Actually, aku buat post pasal entry nih sebab aku nak berkongsi tips untuk beli kasut. Yang pastinya, mestilah kasut baru kan. Kasut lama belum lagi kot. *sebenarnya tak tahu :P* Tips yang aku bagi nih pulak based on pengalaman aku time beli kasut. Serba sedikit apa yang aku tahu bila nak beli kasut. If ada yang terkurang tu, aku minta maaf awal-awal lahh yea. If ada yang aku tak tahu, tapi korang tahu . Just let's me know too ! :D


Jom ! Straight to the tips :)

BELI kasut time petang or malam. Selalu orang cakap camni kalau nak beli kasut baru. Eh, ye ? Why ? Sebab kaki mengembang time-time cam tu. Eh, tak boleh beli pagi ke ? Well, aku tak cakap pun tak boleh. Kalau nak, beli ajelah. Tapi better petang or malam laa. Korang try fikir. Kaki mengecut time pagi, then korang pergi kasut beli time pagi 'Wahh, sukanya. At last dapat kasut favourite I'. Tapi, bila korang nak pakai petang or malam dimana kaki korang mengembang, agak-agak cukup-cukup muat kah kaki korang dengan kasut time nak pakai ? Beli time kecut, pakai time kembang. Got it ? Jangan nanti jadi my worst shoes I ever had sudah :P Melainkan kalau korang adalah orang yang sangat bertuah (^_^)


TRY your shoes girls ! JANGAN beli berdasarkan apa yang korang tengok saja. Korang tengok 'Ouh, I love it'. So, korang minta saiz kasut, then korang beli terus tanpa cuba kasut baru korang tu and blah. Ok, bye-bye. Pheww. Ingat ! We all know that different brand, different size even dia cakap yang saiz kasut is same -_-' And, bila korang dapat kasut korang tu korang TRY tau :D Try kedua-dua belah kasut. Ini penting. Try dua-dua kasut, berdiri tegak and be model girls ! Catwalk terus, rasa yang korang tu model paling top kt dunia ni. Biar kalah America's Next Top Model tuhh. Hehe, gurau-gurau. Try berjalan dengan kasut korang bakal beli tu ok. DONT'S just duduk, try sebelah kaki aje just because the design gila hot and the size suits your kaki. Tak bermaksud kasut tu betul-betul selesa sepenuhnya dengan kaki korang tu. Lagipun, korang mesti berjalan punya, bukannya nak duduk saja kan. Ye tak ?

PILIH kasut yang betul-betul muat dengan kaki korang dan bukannya longgar/ketat. Kalau aku beli kasut, aku memang selalu pastikan kasut tu tak longgar or ketat dengan kaki aku. Aku nak muat-muat dengan aku. Kalau takde jugak, takdenya aku nak beli. Sebab kalau longgar, confirm-confirm tak selesa sebab sikit-sikit kaki nak terkeluar dari kasut. Kalau ketat pulak, confirm-confirm kaki sakit or melecet, and I very hate it. Kalau korang kata kasut ketat, nanti lama-lama longgar tu takdenya aku nak ikut jugak. Aku tetap tak nak :P Hehe, bukannya apa. Kalau korang beli ketat jugak memang dia akan kembang dan longgar but, sebelum kembang and longgar tu kaki korang tetap jugak sakit dan melecet dan nak ke korang kasut cantik tapi kaki ada parut sebab melecet ? Unless you want to take the risk and unless you nak pakai just for one night.



AND aku nak bagitau satu benda nih. Benda ni atas korang lahh. If korang nak beli, korang beli lah. Lagipun duit korang kan. Tapi bagi aku maybe aku fikir dua tiga empat lima kali jugak lak. Hehe, tapi kalau dah berkenan beli sudah :D Korang tengok gambar bawah nih. High heels dengan sling back dia getah. Sling back yang dibulat merah tu.


Tak kisah lah kasut apa pun, tapi yang jenis sling back dia getah. Jenis yang sling back getah nih kalau pakai lama-lama dia akan loose. Benda nih terjadi kat aku. Dua kasut aku yang jenis sling back getah loose ! Kasut fav aku pulak tuh. Maybe sebab dia getah, tu yang loose dan longgar sebab aku selalu pakai. Yelah, dah nama pun fav kan. Baru-baru ni kan kat Penang ada Cup Prix, aku pergi pakai salah satu kasut aku yang sling back getah nih laa. Asyik-asyik kaki terkeluar dari kasut. Sikit-sikit kasut terkeluar dari kaki. Ehh ? Mana-mana lah :P Haa, loose punya pasal. Rasa macam nak baling aje kasut tuh dalam laut ! Grrr.
Okla, tu aje la tips dari aku :D

Till then.
Ok, bye :)

P/s : All image credit to Google.

29 Ogo 2011

Syawal 2011

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri !
(^_^)

14 Ogo 2011

Kenny Rogers ROASTERS

Assalamualaikum.

First of all, aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua yang baca blog ini *bajet macam ada orang baca* hehe. Tapi, kalau tak ada pun aku tetap nak ucapkan jugak :) Walaupun, dah hampir dua minggu berpuasa. Orang lain pun dah beli baju raya kan, tapi aku tetap jugak jugak nak ucap! Hehe. Memandangkan busy aje selalu aku ni haa, update blog pun dah kemana hala =_=' Sorry to say.

Okay, back to our topic. What, what? KENNY ROGERS ROASTERS? Pheww! Ada tak siapa-siapa yang baik hati nak belanja aku makan benda alah ni? Aku teringin gila nak makan nih. Sebelum puasa lagi. Tak dapat-dapat jugak. Hehe, jangan fikir aku mengidam lak. Aku cubit sorang-sorang nanti. Hehe, gurau aje. Jom kita tengok apa yang best kat KRR nih. Haa! Sebelum tuh aku nak cakap awal-awal. Ini bukan review makanan KRR yea. Aku buat entry ni just suka-suka. Yang pastinya entry ni lebih kepada suka-suka. So, harap entry ni tak ada siapa yang salah faham ok :D

INI AMARAN!Entry ini tak sesuai dibaca time tengah puasa, lepas berbuka okayla. Tapi kalau nak jugak baca time berpuasa, atas risiko sendiri yea :P hoho

Jom, kita tengok apa yang best kat KRR ni.

FRESHEN UP








Kat KRR ada ice blended, minuman panas, air tin etc. Tapi kalau nak yang ringan aje boleh ambik orange dan satu lagi mango.



SWEET INDULGENCE





Yang muffin tu ada tiga perisa. Banana, Chocolate dan Vannila.



ALL TIME FAVOURITES.





Ini side dishes, ramai jugak ambik. Dua-dua nampak sedap! ;)



LITE AND EASY











Hahh! Nih semua side dishes. Boleh pilih. Ada banyak lagi nih. Tapi sikit-sikit sudah lahh. Kang ada yang tak tahan terus pergi KRR. Hehh! Tak puasa yea! Hehe :P



CHICKEN MEALS


Hahh, nih pulak set chicken meals yang boleh pilih sama ada nak Original ke, Black Pepper ke, or Smoked BBQ. Half meals or Quater meals. Side dishes (Lite and Easy) boleh pilih tiga. Muffin dan air. Pilih sendiri yea. Hehe.

Haa, apa macam ada yang terliur tak? Jangan berbuka tau kalau time berpuasa.
Thanks for reading.
Apa-apa pun, Selamat Berpuasa semua!

Gambar semua ihsan dari sini
. :)

P/s : Ape ntah aku tertekan sampai ada text underline. (?_?)

8 Jul 2011

Review - Double Intense Gel Eyeliner Silky Girl

Assalammualaikum.




Hai-hai. Hari ini bersama saya untuk cakap-cakap pasal produk dari Silky Girl :) Hehe, jom-jom. Straight to the point. Aku nak review pasal satu produk yang aku pakai. Produk ni dari Silky Girl. Aku bet ramai yang tahu pasal Silky Girl ni. Ermm, tapi kalau yang tak tahu tu ketuk kepala tiga kali pastu Google. Hehe :P Okay, kidding. Google aje kalau tak tahu. Okay? ;) Produk dari Silky Girl yang aku cakap ni ialah Double Intense Gel Eyeline. Aku tahu ramai yang dah buat review pasal benda alah nih. Tapi tak kisah lah. Nak buat jugak! :P Hihi. Haa, ni dia tulis kat laman web Silky Girl.


"A creamy gel-type eyeliner that ensures easy and precise application, even for beginners. Thanks to its Silicone Polymer Technology, the gel eyeliner glides on effortlessly to deliver intense and vivid color payoff; mistake-free. It comes in a smart packaging where the eyeliner brush is neatly attached to the casing, so you don’t have to worry about losing the brush."



"It comes in a smart packaging." Jom tengok packaging dia :)





Packaging dia macam yang kat atas ni. Yang A tu berus dia. B tu tempat casing berus dia dengan penutup untuk yang C tu. Yang C tu la adanya gel eyeliner tuh. Ada dua colour. Pure Black and Dark Brown. Aku punya Pure Black. Hitam nampak menawan! Hikhik :P Aku ingat lagi masa beli benda nih, aku tersilap ambil Dark Brown. Sanggup weh patah balik nak tukar colour hitam. Hehehe :D



Macam nak pakai? Ambil tonyoh ajelah kat mata. :P Hihi. Nak tahu macam mana? Buka aje laman web dia. Bila aku check dia punya laman web kan, ada Tip and Tricks dia tau. Dia tunjuk macam mana nak apply benda alah ni kat mata kita. Untuk buat dia lebih dramatik! Wow! :D
Jom serbu!



Dia tunjuk macam mana guna Gel Eyeliner nih dengan mascara dia sekali. Aku tak pernah pulak pakai mascara dia. So, abaikan ajelah bab mascara dia tu dan pakai la mascara favourite kita. Hehe :P Jangan lupa bila kita dah apply tu buat winged. Hehe :P Macam gambar atas sekali tu. Yang gambar first sekali tuh :) Lawa wehh! Wink wink! ;))


Kelebihan.

  • Waterproof!
  • Tak smugde kalau apply. Aku pakai 6jam pun ta comot lagi tau :)
  • Senang nak apply. Even yang baru belajar.
  • Senang cuci.
  • Ada berus khusus.
So, tak payah la campur-campur berus kan. Berus untuk eyeliner tak bercampur dengan berus yang lain. Kan senang macam tu. Lagipun, tayah susah-susah nak beli berus untuk gel eyeliner nih. Apply guna dia punya berus pun okay. Aku guna berus dia aje. Tak pernah tukar pun.

Kekurangan.

  • Bekas gel eyeliner tu kecil. Memang kecik sikit lah. Sapa pakai hari-hari memang cepat habis mungkin.


Tu aje kot -ve dia sebab dah best kan bila pakai. Harga dia yang sebetulnya aku tak sure sebab time aku beli ada offer. Tapi dalam RM20+ laa. Tapi tak sampai RM30 pun. Beli kat Watson or Guardian sebab senang. Mesti ada punya. Kalau takda, habis lah tu. Hihi. Okay, tu aje lah kot. Thanks for reading :D

Sorry kalau ada kekurangan dalam entry nih sebab ni pun first time aku buat review.

Ok, bye :)

30 Jun 2011

Transformers - Dark of The Moon

Assalamualaikum.


Poster Transformers yang GEMPAK- Google


Perhatian! Ini bukan review filem ye. Eh, eh. Sabar la dulu. Jangan la cepat sangat nak klik [X]. Relaks. Meh, baca dulu. *bajet ada orang baca :P Kalau nak diikutkan, boleh aje kalau nak review filem nih. Tapi kalau tak tengok lagi nak review apa kan? Hehe. Memang aku tak tengok lagi. Sebenarnya, tak boleh tengok lagi! Kenapa tak boleh tengok lagi? Yela, kalau seat semua penuh aku nak tengok kat celah mana weh? Kesian tak kat aku? Tsk tsk T_T Ingat nak tengok la bila dah keluar. Tapi, tak boleh. Sebab seat full! Sadis gila. Full gila la. Semalam, hari rabu ingat nak tengok r kan. Pastu pergi-pergi, seat full dari petang sampai malam. Yang ada kosong pun, midnight. But, FRONT SEAT! Woii, gila apa? Punya penuh tak hengat! Kaya la Michael Bay. Pheww! :) So, tak boleh la nak buat review kan. HAHA *berangan. Aku pun tak tau nak tunggu bila lagi nak pergi tengok sebab aku dah nak habis cuti dah ni. Nak tempah tiket pun tempat full weh. Memang !@#$% lahh! Haha. Apa aku merepek tu? Haha. Okay-okay. Meh tengok nih.


Yang colour merah tu, tandanya SOLD OUT. Tu pukul 3.30 petang, 6.30 petang dan 9.30 malam. Ni showtimes untuk Transformers 3 3D punya. Aku rasa, cerita macam ni lebih baik tengok 3D sebab berbaloi-baloi. Yelah, bayar mahal nak gak la cerita best dan berbaloi dengan apa yang kita bayar. Yang kaya nya si Michael Bay tu jugak. Yang kaya pun tokey GSC jugak. Tokey apa lagi? Dah-dah, merepek lak. Tapi minta-minta berbaloi la. Amin! :))


Yang ni pun SOLD OUT. Pukul 3.30 petang punya. Memandangkan SOLD OUT, so tak boleh la tengok seat dia. Dah tak guna nak tengok kot :( Aku pun tak sure kenapa gambar ni ada, tapi hentam sajalah. Hihi :P Haa, tengok ni pulak.


Seat pukul 12.30 tengah malam. Ni midnight punya time lah. Front seat aje tinggal. Kotak biru tu kosong lagi. Gambar semua ni hari ini punya show. Hari khamis. Hari kedua cerita ni keluar. Aku check hari ketiga, Jumaat pun full jugak. Kalau ada pun, front seat. Tu pun sama gak midnight. Hebak tak cerita ni? Hebat la kot. Kalau tak, takda nya orang semua pulun dok pi tengok sampai seat pun takda, front seat aje yang tinggal. Tu pun midnight. So, bila agaknya aku boleh tengok? Maybe aku download aje tengok free kot baru boleh tengok. Tapi, tak nak la macam tu. Aku nak tengok kat panggung. 3D bhai! Dah tu durasi dia lak 2 jam 32 minit. Lama tuh. Haha :D Memang aku nak tengok jugak-jugak. Dah la tak pernah miss. Satu dan dua dah tengok. Aku nak jugak la tengok nombor tiga punya. Aku sure, mesti ramai yang tak pernah miss cerita ni dan confirm-confirm tak kan miss yang tiga punya. Ada siapa-siapa nak join tak? Jom ikut aku. Aku belanja. Hehe :P

Ok, bye :)

P/S : Sorry la kalau kualiti gambar kurang elok.

25 Jun 2011

NextCubes

Assalamualaikum .

Pernah dengar pasal NextCubes tak ? Pernah ? Yes ! Bagus ! Aku baru aje dengar dan tahu pasal ni . Apa itu NextCubes ? NextCubes ni macam social networking la kan ? Macam Facebook , Myspace dan lain-lain . Macam mana aku tahu pasal ni ? Aku tahu bila ada orang hantar email kat aku suruh daftar . Katanya Facebook Buatan Malaysia . Betul ke ?


Email yang aku dapat .


Salam Sejahtera,

Jom, register Sosial Network yang baru. Kalau orang
boleh terima Facebook, kenapa orang tidak boleh menerima
Nextcubes ini. Belum cuba belum tau.


Entah la , aku takda komen la pasal ni . Tapi yang pastinya aku daftar aje . Kenapa aku daftar ? Saja suka-suka . Hehe :P Kalau korang nak , daftar aje lah . Nak tambah social network yang baru kan , dipersilakan . Support la Malaysia ! Hehe =)


Klik link kat atas ni untuk pergi ke NextCubes . By the way , aku nak tunjuk benda ni . Jaga-jaga untuk kaum perempuan .

The most dangerous types of high heels

Satu lagi , TAHNIAH kepada kumpulan SEPAH kerana telah berjaya jadi Johan dalam Maharaja Lawak .
Sepah

Ok , bye :)

P/S : Sorry kalau kualiti gambar tak elok .