30 Jun 2011

Transformers - Dark of The Moon

Assalamualaikum.


Poster Transformers yang GEMPAK- Google


Perhatian! Ini bukan review filem ye. Eh, eh. Sabar la dulu. Jangan la cepat sangat nak klik [X]. Relaks. Meh, baca dulu. *bajet ada orang baca :P Kalau nak diikutkan, boleh aje kalau nak review filem nih. Tapi kalau tak tengok lagi nak review apa kan? Hehe. Memang aku tak tengok lagi. Sebenarnya, tak boleh tengok lagi! Kenapa tak boleh tengok lagi? Yela, kalau seat semua penuh aku nak tengok kat celah mana weh? Kesian tak kat aku? Tsk tsk T_T Ingat nak tengok la bila dah keluar. Tapi, tak boleh. Sebab seat full! Sadis gila. Full gila la. Semalam, hari rabu ingat nak tengok r kan. Pastu pergi-pergi, seat full dari petang sampai malam. Yang ada kosong pun, midnight. But, FRONT SEAT! Woii, gila apa? Punya penuh tak hengat! Kaya la Michael Bay. Pheww! :) So, tak boleh la nak buat review kan. HAHA *berangan. Aku pun tak tau nak tunggu bila lagi nak pergi tengok sebab aku dah nak habis cuti dah ni. Nak tempah tiket pun tempat full weh. Memang !@#$% lahh! Haha. Apa aku merepek tu? Haha. Okay-okay. Meh tengok nih.


Yang colour merah tu, tandanya SOLD OUT. Tu pukul 3.30 petang, 6.30 petang dan 9.30 malam. Ni showtimes untuk Transformers 3 3D punya. Aku rasa, cerita macam ni lebih baik tengok 3D sebab berbaloi-baloi. Yelah, bayar mahal nak gak la cerita best dan berbaloi dengan apa yang kita bayar. Yang kaya nya si Michael Bay tu jugak. Yang kaya pun tokey GSC jugak. Tokey apa lagi? Dah-dah, merepek lak. Tapi minta-minta berbaloi la. Amin! :))


Yang ni pun SOLD OUT. Pukul 3.30 petang punya. Memandangkan SOLD OUT, so tak boleh la tengok seat dia. Dah tak guna nak tengok kot :( Aku pun tak sure kenapa gambar ni ada, tapi hentam sajalah. Hihi :P Haa, tengok ni pulak.


Seat pukul 12.30 tengah malam. Ni midnight punya time lah. Front seat aje tinggal. Kotak biru tu kosong lagi. Gambar semua ni hari ini punya show. Hari khamis. Hari kedua cerita ni keluar. Aku check hari ketiga, Jumaat pun full jugak. Kalau ada pun, front seat. Tu pun sama gak midnight. Hebak tak cerita ni? Hebat la kot. Kalau tak, takda nya orang semua pulun dok pi tengok sampai seat pun takda, front seat aje yang tinggal. Tu pun midnight. So, bila agaknya aku boleh tengok? Maybe aku download aje tengok free kot baru boleh tengok. Tapi, tak nak la macam tu. Aku nak tengok kat panggung. 3D bhai! Dah tu durasi dia lak 2 jam 32 minit. Lama tuh. Haha :D Memang aku nak tengok jugak-jugak. Dah la tak pernah miss. Satu dan dua dah tengok. Aku nak jugak la tengok nombor tiga punya. Aku sure, mesti ramai yang tak pernah miss cerita ni dan confirm-confirm tak kan miss yang tiga punya. Ada siapa-siapa nak join tak? Jom ikut aku. Aku belanja. Hehe :P

Ok, bye :)

P/S : Sorry la kalau kualiti gambar kurang elok.

0 Kritikan: