Memaparkan catatan dengan label membebel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label membebel. Papar semua catatan

30 Jun 2011

Transformers - Dark of The Moon

Assalamualaikum.


Poster Transformers yang GEMPAK- Google


Perhatian! Ini bukan review filem ye. Eh, eh. Sabar la dulu. Jangan la cepat sangat nak klik [X]. Relaks. Meh, baca dulu. *bajet ada orang baca :P Kalau nak diikutkan, boleh aje kalau nak review filem nih. Tapi kalau tak tengok lagi nak review apa kan? Hehe. Memang aku tak tengok lagi. Sebenarnya, tak boleh tengok lagi! Kenapa tak boleh tengok lagi? Yela, kalau seat semua penuh aku nak tengok kat celah mana weh? Kesian tak kat aku? Tsk tsk T_T Ingat nak tengok la bila dah keluar. Tapi, tak boleh. Sebab seat full! Sadis gila. Full gila la. Semalam, hari rabu ingat nak tengok r kan. Pastu pergi-pergi, seat full dari petang sampai malam. Yang ada kosong pun, midnight. But, FRONT SEAT! Woii, gila apa? Punya penuh tak hengat! Kaya la Michael Bay. Pheww! :) So, tak boleh la nak buat review kan. HAHA *berangan. Aku pun tak tau nak tunggu bila lagi nak pergi tengok sebab aku dah nak habis cuti dah ni. Nak tempah tiket pun tempat full weh. Memang !@#$% lahh! Haha. Apa aku merepek tu? Haha. Okay-okay. Meh tengok nih.


Yang colour merah tu, tandanya SOLD OUT. Tu pukul 3.30 petang, 6.30 petang dan 9.30 malam. Ni showtimes untuk Transformers 3 3D punya. Aku rasa, cerita macam ni lebih baik tengok 3D sebab berbaloi-baloi. Yelah, bayar mahal nak gak la cerita best dan berbaloi dengan apa yang kita bayar. Yang kaya nya si Michael Bay tu jugak. Yang kaya pun tokey GSC jugak. Tokey apa lagi? Dah-dah, merepek lak. Tapi minta-minta berbaloi la. Amin! :))


Yang ni pun SOLD OUT. Pukul 3.30 petang punya. Memandangkan SOLD OUT, so tak boleh la tengok seat dia. Dah tak guna nak tengok kot :( Aku pun tak sure kenapa gambar ni ada, tapi hentam sajalah. Hihi :P Haa, tengok ni pulak.


Seat pukul 12.30 tengah malam. Ni midnight punya time lah. Front seat aje tinggal. Kotak biru tu kosong lagi. Gambar semua ni hari ini punya show. Hari khamis. Hari kedua cerita ni keluar. Aku check hari ketiga, Jumaat pun full jugak. Kalau ada pun, front seat. Tu pun sama gak midnight. Hebak tak cerita ni? Hebat la kot. Kalau tak, takda nya orang semua pulun dok pi tengok sampai seat pun takda, front seat aje yang tinggal. Tu pun midnight. So, bila agaknya aku boleh tengok? Maybe aku download aje tengok free kot baru boleh tengok. Tapi, tak nak la macam tu. Aku nak tengok kat panggung. 3D bhai! Dah tu durasi dia lak 2 jam 32 minit. Lama tuh. Haha :D Memang aku nak tengok jugak-jugak. Dah la tak pernah miss. Satu dan dua dah tengok. Aku nak jugak la tengok nombor tiga punya. Aku sure, mesti ramai yang tak pernah miss cerita ni dan confirm-confirm tak kan miss yang tiga punya. Ada siapa-siapa nak join tak? Jom ikut aku. Aku belanja. Hehe :P

Ok, bye :)

P/S : Sorry la kalau kualiti gambar kurang elok.

21 Jun 2011

Penjagaan Diri - untuk perempuan

Assalamualaikum.

Hai-hai ! Hari ni bersama saya ELA untuk berceloteh tentang penjagaan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Erk ? Hehe , tak ada lahh . Just main-main aje . Okay , tengok title please :) Thank you . Penjagaan diri ? Apa itu penjagaan diri ? Mesti semua orang tahu kan . Yelah , tak kan la tak tahu kot . Eh , jap . What ? Tak tahu ? Meh nak sekeh ! HAHA . Okay-okay , gurau aje . Apa ada dengan penjagaan diri ni ? Penjagaan diri ini adalah macam mana nak jaga diri untuk lebih sihat , cantik dan berkeyakinan dari segi kecantikan . Err , sebenarnya dari buah fikiran aku sendiri lah. Maknanya cara jaga diri dari segi kecantikan , kesihatan dan lain-lain mengikut cara aku . Eh , aku tak cakap belit kan ?


Image : Google


Kecantikan tak semestinya bila kita make up aje , kita cantik . Menang lah cantik bila make up . Tapi sebelum kita make up pun , kita mestilah nak nampak cantik kan ? Maksud aku , sebelum korang apply foundation tak semestinya korang nak apply terus foundation kan ? Mesti nak kena cuci muka dulu kan sebelum ber-make up . Tak kan la muka sememeh macam orang baru bangun tidur terus nak make up kan ? Kita mesti nak muka kita fresh sebelum make up . Betul tak ? Okay , back to our topic . Kalau ikut aku lah, aku tak kan keluar rumah tanpa penjagaan diri . Bila nak keluar jalan-jalan la . Takat keluar depan rumah nak sidai baju aku tak kisah pun . Hihi :P Okay la . Sebelum aku merapu sampai lari tajuk , lebih baik aku terus ke point dia terus kan .

Image : Google


Bagi aku lah , penjagaan diri ni start bila kita lepas mandi . Kenapa lepas mandi ? Sebab lepas mandi lah kulit kita FRESH . Time tu jugak pori-pori kat muka kita terbuka kan. Time tu lahh kita start mulakan penjagaan diri . Memandangkan ini cara penjagaan diri aku , so aku nak share lah apa yang aku buat kat diri aku lepas mandi . Kalau korang rasa nak ikut , dipersilakan . Kalau tak nak pun takpa. Tapi , kalau ada salah silap aku minta maaf awal-awal dan kalau ada cara aku yang silap dan korang nak betulkan , lagi sekali dipersilakan :)

Sebelum korang gunakan apa-apa produk untuk diri korang , make sure badan korang bebas dari air. Lap kering-kering badan korang !

Okay , let's start.
  • Kepala / Rambut
Kalau aku basahkan rambut , maknanya rambut aku bersyampoo dan aku lembutkan dengan conditioner . Lepas mandi , aku keringkan rambut dengan semulajadi which mean aku tak guna pengering rambut . Lagipun rumah aku takda lak pengering rambut . Tak pernah beli pun . So , aku just lapkan lebihan air dengan tuala , dan biarkan aje rambut aku kering sendiri . Kalau korang nak keringkan rambut pakai pengering rambut pun , tak kisah lah . Terpulang .

  • Muka
Kalau muka lak , time mandi macam biasalah . Cuci muka dengan pencuci muka . Jangan bedal dengan pencuci baju lak . Hehe :P Lepas mandi lak aku tak pakai apa-apa pun . Aku cuma letak tipis-tipis pelembap bila mana aku rasa kulit muka aku kering . Kalau tak kering tak pakai lah . Okay , sebenarnya cara aku ni tak betul tau . Aku buat macam tu sebab aku tak pakai apa-apa produk muka sebab muka aku berjerawat . So , aku memang tak pakai apa-apa . Tapi , cara yang betul sebenarnya lepas muka kita dicuci dengan sabun , kita kena lah pakai toner , lepas tu lak pelembap . Tu kalau duk rumah lah . Kalau nak keluar lak pakai la sunblock , foundation , eye shadow , mascara dan lain-lain lah *kalau rasa nak ber-make up. Tapi make sure pakai sunblock sebab bila kita keluar muka kita mestilah dilindungi oleh cahaya matahari . Nak ke muka gelap ? Kalau pakai tudung lak , muka berbelang . Nak ke ? Hehe. Apa jua yang korang pakai , korang urutlah naik ke atas ye . Bukan ke bawah tau , muka kedut nanti :) Sebelum sentuh muka , make sure tangan bersih !

  • Hidung / Telinga
Kalau hidung tu ada taik , korek aje lah . Ikut lah nak guna jari mana pun . Tapi jari sendiri lah weh . Jangan guna cari orang lain lak :P Lepas tu jangan lupa cuci tangan tau ! Jangan jadi pengotor . Telinga lak , guna cotton bud untuk cuci .

  • Leher
Leher lak ek ? Apa aje yang korang guna untuk leher ? Aku pakai losyen aje . Tapi, apa yang aku buat lah bila cuci muka , cuci leher sekali .

  • Ketiak
Pakai deodorant yea . Supaya tak berbau .

  • Tangan / Kaki
Pakai losyen . Guna lah losyen kegemaran korang dan sapu pada seluruh tangan dan kaki .

  • Badan
Pakai losyen , pastu bedak bayi . Biar tahan lama sikit . Pastu pakai baju , seluar etc .


Okay , memandangkan ini cara aku memang la simple kan . Simple dan tak perfect! Cara korang mungkin lagi perfect . Tapi , bagi aku biar simple . Janji aku ada masa nak bermanja dengan diri aku sendiri . Bila aku buat semua tu kan , aku rasa fresh sangat ! Lagipun , aku kan selalu busy . Jarang ada masa terluang . And now, aku lagi yakin nak keluar rumah sebab dah yakin dengan diri sendiri .Kita kena yakin dengan diri sendiri ! Aku memang lebihkan losyen . Sebab kebaikan losyen kan untuk melembapkan dan mencantikkan kulit . Nak-nak lagi losyen yang mencerahkan . Tapi , aku pakai satu losyen aje . Tak campur-campur . Campur pun takpa kot . Kan kebaikan dia sama aje. Apa-apa pun terima kasih sebab baca sampai habis .

I'm may NOT perfect ,
but I'm always ME !

Ok, bye :)

5 Dis 2010

Bye. *sobs sobs :'(

salam semua .

saya nak pergi dah . saya nak pergi perang nihh . hoho~ doakan saya . *ayat taley blahh* okay , walaupun pihak poly memang kedekut nak kasi cuti lama-lama tapi saya tak kisah lahh . janji saya dapat masuk semester dua dengan jayanya . dengan ini jugak pelajar-pelajar junior , sila anggap saya sebagai senior yea ! walaupun umur sama. agaga ! gurau aje :DD dengan ini jugak saya kena lahh duk rumah sewa . ehh , jap-jap . pehal ayat skema tahap cipan nihh ?

ehem-ehem , dengan ini aku kena laa dok rumah sewa walaupun rumah sendiri dekat . *sebenarnya jauh lahh jugak* disebabkan takde transport , kena lahh duk rumah sewa wehh . HAHA :) kenapa aku taip nak pergi perang eh ? nampak pelik ke? tak kan . yelahh , nak pergi perang balek lahh bila dah masuk semester dua nihh kena lahh mengadap 'muka buku' yang baru , pensyarah baru *err , 'facebook' ?* LOL kenapa aku lama tak update ? busy lahh . hehe , sorry yea . poly pun nak buka esok nihh , barang-barang ada sikit aje lagi yang belum packing . macam biasa lahh , kerja last minit memang macam nihh . *bila nak berubah kau nihh?* pasal rumah sewa aku lak . adehh , jauh lahh nak mendaki . tingkat atas sekali doe . penat wehh . confirm aku balek-balek class landing terus . dah la jauh berjalan . okay , diulangi . berjalan ! yess , berjalan la pacikk macikk oii pergi class. dah la poly dengan rumah jauh dalam jarak boleh lahh dikatakan 5 km . okay , ni tipu . aku pun ta tau jarak nye . ta ukur lagi lahh , bukan nyea aku amek Diploma Ukur Tanah . ehh ? ade kena mengena tak ? err *konpius sebentar* (*_*) haha , tapi yang pastinya . jauh lahh jugak (: macam mana sekalipun , aku enjoy holiday aku sebab aku pergi holiday lahh . HAHA :D

dengan ini jugak , aku akan ta update plus kinda busy . tuu rumah sewa tuu , kena kemas babe . hoho~ :D pape pun , aku nak pergi berkemas . lalala~ bye , see u soon :)

17 Jun 2010

yayy !

salam :)
selamat petang .

ehem² *gaya macam nak buat ucapan
gitu
, dengan ini saya mengisytiharkan saya LULUS ujian komputer
(:

Alhamdullilah . aku bersyukur yang teramat kepada ALLAH . terima kasih ALLAH ((: berapa aku dapat tu , tak payah tahu la kot . cukup² makan lah kan , kan aku dah kata aku tak berapa pandai dalam bab² lesen ni . so , ape yang aku dapat pun cukup² makan aje lah kan . tapi , aku tak kisah . aku dah lulus ni pun dah cukup bertuah tau . okey , jom cerita . hhehe :) bayangkan , aku tidur pukul 4 pagi dok baca buku . dah bangun² tu , siap² semua . dah separuh ready lah kan , terus pergi pejabat makcik tu . sampai² sana , ada 3 orang lagi yang dok tunggu sekali . makcik tu tak sampai² lagi pun . so , dalam masa nak tunggu tu adalah dalam 20 minit macam tu . then , makcik tu pun sampai la . kan 3 orang kan ? seorang laki , 2 orang perempuan . aku kenal laki tu , Aqil nama dia . yang perempuan 2 orang tu tak kenal la pulak . Aqil dengan seorang perempuan ni baru nak kursus . aku dengan seorang lagi perempuan ni nak test komputer lah . so , ape lagi kan ? gerak ajela . hantar la dorang dulu pergi kursus , then baru hantar kami pergi test komputer ni . dah sampai , sebelum masuk ada lah 2-3 orang cina kat depan pintu tu , aku ingat saje² aje duk kat situ . bila aku masuk aje , makk aii ramai siod ! ramai gila . tempat duduk pun dah penuh . aku dengan kak tu pun pergi la kat kaunter dia , kasi i/c pastu ambil nombor . and , guess what ? nombor aku 30 dhoo hhaha , time tu nombor dalam 8-9 macamtu kot . pergghh , tunggu lama ni . takpe la kan , pastu keluar balik . hhehe , yelaa . tempat takde wey . takkan nak bersila kot kan . berdiri jap kat luar tu , tak sampai pun 5 minit , ada tempat duduk kosong dah . masuk la kan . pastu , ape lagi kan . duduk ajela . dah la aku nak sambung baca balik buku ni haa ! hhehe ,

pastu tunggu punya tunggu , sampai la nombor aku . sebelum masuk , thumb print dulu . cehh , pehal entah dia tak detect aku punya thumb print . kanan ke kiri , kiri ke kanan , kiri balik baru boleh detect . pastu dah kesan , aku ambil i/c nak masuk dalam bilik ujian la . sebelum tuh , tinggal handphone buruk aku kat kaunter dulu . dengan lafaz bismillah , aku pun masuk la dengan dup dap dup dap jantung aku dok berbunyi . cewahhh , ayat tu :P cari la komputer yang number 9 . number aku tuh , number favourite yaww ! hihi . dulu masa first test aku , aku dapat komputer number 10 *flashback :) pastu , taruh itu number i/c . keluar la itu punya soalan *eh , ape cakap keling ni ? ohh , baru aku tahu . kalau pernah lulus ujian buta warna time first test , tak payah ulang dah kalau buat second test . mati² aku ingat ada ujian buta warna tuh . first test aku lulus tau *flashback :) jawab la aku 50 soalan tu . aku ambil masa agak lama tau . hampir 3 minit sebelum tamat . so , dah habis jawab . dengan lafaz bismillah plus ber-debar² nya , aku klik TAMAT SESI . aku tak tahu lagi berapa aku dapat time tu . sebab dia suruh pergi kaunter ambil keputusan . wak lu , aku cakap betul punya aku tak berani wey , aku nak tahu dulu gak . aku klik la semak keputusan . hhehe , alhamdullilah :)) keluar la aku dari bilik ujian tu dengan senyuman , aicehhh . tapi aku terkejut ! fuyoo , ramai gila kot orang dok tunggu . pastu , pergi thumb print . ishh² macam biasa lak dia , kiri ke kanan , kanan ke kiri . baru dia detect . ber-kali² dok lap ibu jari aku tuh . *jari lain tak nak ker ? hhihi :P amboi² kak yang test sekali dengan aku tu , keluar punya awal tau . tak sampai 20 minit dah keluar tau . and guess what ? kak tu 48/50 weyhh ! terror siod . ilmu ape dia pakai erk ? 2 aje salah weyh , tabik spring laa ! hhuhu . so , kak tu call makcik awi tu . tunggu la makcik tu , teettt ! korang tahu tak , aku tertinggal handphone buruk aku tuh kat kaunter . aku pergi lah balik kat pejabat tuh ambil handphone . selamat lah mak cik awi tu tak sampai lagi . malu gila kot , dah la ramai orang . hhehe , tu aje la cerita aku . yeah , aku tahu . time first test aku tak cerita kan ? tak nak cerita . sedihhh :( okeyla , tu aje . my story kinda boring ? so sorry lah yea :(

p/s : aku rase nak tukar header la , hhuhu . rasa² korang nak tukar ker nak biar aje?